Sebab apa? Sebabnya, saya lebih suka hidup sebagai seorang yang berilmu ditengah-tengah masyarakah yang tidak berilmu dan bersikap seperti mereka bagai tidak mengerti melutut di hadapan guru untuk menuntut ilmu bersama-sama mereka yang dahagan ilmu.
Bagi saya, menuntut ilmu agama bersama-sama mereka yang tidak berpendidikan agama lebih selesa berbanding berguru, belajar bersama mereka yang tinggi ilmu agama di buku.
Kebanyakkan mereka yang berpendidikan agama, berijazahkan DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM dan sebagainya tidak menunjukkan satu role model sebagai seorang yang berpendidikan agama. Mencuri, merompak, lidah bercabang, tidak tepati janji, dan sebagainya menjadi ibadat harian dan penuh dengan istiqamah.
Solat tonggak-tonggek, puasa macam nak mati tetapi macam haprak. Solat yang mereka kata mencegah yang mungkar itu tidak langsung direalisasikan. Di katanya kita salah, dilihatnya kesalahan orang lain secara total tanpa cuba memperbaiki diri, setidak-tidaknya perkara-perkara yang kecil.
Orang berpendidikan agama yang lebih berbanding masyarakat sepatutnya dapat menjaga benda-benda yang kecil dan difahami masyarakat sendiri.
Orang seperti ini jika diberikan nikmat, mereka bermegah dan menunjuk-nunjuk dengan nikmat yang ada yang 'kononnya' diberikan kepada orang yang 'beragama' sedangkan agama mereka digunakan untuk kepentingan nafsu, harta, populariti, pangkat, dan segala perkara keduniaan.
Tidak seperti orang yang tidak berpendidikan agama yang tinggi (atau berpura-pura tidak berilmu agama). Cukup sahajalah mereka menghormati orang yang beragama (yang bertakwa, bukan yang haprak macam yang saya cerita). Mereka menuntut ilmu untuk setidak-tidaknya untuk diamalkan dan menjadi ibadat kepada Tuhan.
Jika dibandingkan antara orang agama yang haprak dengan orang jahil tetapi dahagakan ilmu agama untuk mereka menghampiri Tuhan, seudah semestinya lebih mulia orang yang tahu menggunakan ilmunya ke arah kebaikan dengan ikhlas kerana Allah swt.
Pepatah Arab ada mengatakan:
Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah
Di sinilah dapat dilihat sejauh mana keberkatan ilmu yang dituntut. Jika bermegah dengan agama yang dicari, maka hilanglah nilai ilmu di sisi mereka walaupun mereka bertaraf ustaz (and what everlah).
Insya-Allah, pada siri yang seterusnya, saya akan cuba menyingkap beberapa sikap orang agama yang tidak tahu bersyukur dengan ilmu yang Allah berikan itu berdasarkan observasi saya sendiri (mungkin juga pandangan saya salah). Dari perbuatan tersebutlah, kita sebagai orang agama termasuk saya (kepada mereka yang bukan dalam bidang agama, bolehlah dijadikan sempadan) sepatutnya menilai adakah kita benar-benar ikhlas menuntut ilmu ataupun sekadar mahukan segulung DIPLOMA ataupun IJAZAH...
Fikir-fikirkanlah...
Bersambung...
Taman Permata, Hulu Kelang
No comments:
Post a Comment