Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

15 March 2010

Haruss Ganti Asri


Mingguan gugur ruangan Asri, mufti Perak kolumnis baru

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu.

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal tetapi kontroversial memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.


Hari ini ruangan di Mingguan Malaysia digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan Mohd Asri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mingguan Malaysia tidak lagi akan membawa penulisan beliau baru-baru ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan tiada alasan diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kandungan penulisannya sejak kebelakangan ini.

Mohd Asri juga tidak menyebut soal itu dalam blognya.

Beliau kini berhadapan dengan kes tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam pada itu Mohd Asri yang dihubungi di Mekah sebentar tadi berkata, beliau juga sebenarnya telah berhasrat untuk berhenti sebagai kolumnis Mingguan Malaysia kerana keberatan untuk membawa tulisannya sejak kebelakangan ini.

“Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan.

“Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka... bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas.

“Saya menjemput pembaca saya membaca ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti,” katanya ringkas.

Sumber:
The Malaysian Insider 

Pakat pikir la. Semua ada akal yang waras kan?

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

No comments:

Post a Comment