Solat fardhu Zohor, Asar, dan Isyak akan dimulakan 10 minit selepas masuk waktu. Solat fardhu Maghrib 8 minit dan solat fardhu Subuh 15 minit selepas masuk waktu. Untuk mendapatkan takbir awal bersama imam sila datang sebelum solat dimulakan.
Tindakan jawatankuasa Masjid al-Muttaqin, Wangsa Maju yang menyatakan bila solat jemaah akan dimulakan seperti ini wajar dipuji sebab (pada saya) mereka sebenarnya mahu jemaah masjid khususnya mereka yang terlalu busy setidak-tidak diberitahu pada waktu bila mereka sepatutnya berada di masjid sekurang-kurangnya hanya untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah.
Tetapi yang sebetulnya, siapa yang patut ditunggu?
SIAPA YANG TUNGGU SIAPA SEPATUTNYA?
Sepatutnya makmumlah yang menunggu imam, bukannya imam yang menunggu makmum. Itulah yang dinamakan adab.
Makmum sepatutnya mengetahui bilakah masanya masuknya waktu solat fardu dan bersiap sedia selewat-lewatnya 15 minit sebelum azan berkumandang. Paling lewat pun, mereka tiba 3 minit setelah azan selewat atau sepantas bersolat sunat dua rakaat (yang paling laju solatnya).
Sekiranya peluang yang diberikan jawatankuasa masjid ini digunakan mereka yang suka melengah-lengahkan masa untuk ke masjid berjemaah, mereka akan aim untuk tiba di masjid tepat pada masa muazzin beriqamah.
Memang sifat orang Melayu (majoriti, bukan semua) yang suka melambat-lambatkan sesuatu ataupun last minute.
Tinta mencoret: Memang saya puji tindakan jawatankuasa masjid ini yang menyatakan secara khusus bila solat berjemaah akan dimulakan. Ia mungkin dapat memudahkan mereka yang tergesa-gesa dengan urusan dunia supaya dapat memaksimumkan penggunaan masa mereka terhadap tugasan. Cumanya, kalau seseorang itu kaki masjid, pastinya dia akan cuba hadir awal untuk beriktikaf.
والله أعلم بالصواب
Taman Permata, Hulu Kelang
No comments:
Post a Comment