Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 January 2010

Allah Semitik

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8f/ReligionSymbolAbr.PNG
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
AQ 4:171

Sebagaimana yang diyakini, Allah swt merupakan Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, mengaturkan perjalanan sistem dunia dengan begitu sistematik dan unik. Dialah juga yang menjadikan bumi sebagai satu tempat yang indah, kompleks, dan langsung tidak dapat ditiru sesiapa pun hatta manusia yang diberikan kebijaksanaan oleh-Nya tidak berupaya menghasilkan sesuatu yang unik seperti ciptaan-Nya.

Allah disembah oleh mereka yang berpegang dengan ajaran agama Samawi (Abrahamic religions atau semitic religions); Islam, Nasrani atau Kristian, dan Yahudi. Agama-agama Samawi ini dianuti oleh 3.8 billion manusia seluruh dunia. Antara ketiga-tiga agama Samawi ini, Islamlah yang paling cepat bertambah.

Cuma, adakah keyakinan mereka kepada Allah adalah sama dengan yakinnya kita kepada Allah swt?

ALLAH KRISTIAN DI NUSANTARA DAN ARAB

Sehari sebelum tibanya 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (seingat saya) memutuskan bahawa surat khabar Herald dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam setiap artikel mereka sekaligus menafikan arahan Kementerian Dalam Negeri yang melarang mereka daripada menggunakannya. Keputusan mahkamah ini mencetuskan rasa tidak puas hati kebanyakkan masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menerima keputusan hakim kafir yang langsung tidak tahu menahu pasal Islam.

Pasca pemutusan keputusan mahkamah tinggi ini akhirnya menyebabkan masyarakat Islam Malaysia khususnya mempunyai dua pendapat yang berbeza, ada yang menyokong dan ada yang menentang. Saya yakin, yang menentang sebenarnya lebih ramai daripada yang menyokong.

Apa pula pendapat saya?

Sebelum saya menyatakan pendapat saya, elok kita melihat kepada dunia realitinya. Kita percaya bahawa al-Quran langsung tidak pernah menghalang mana-mana agama di atas muka bumi ini daripada menggunakan perkataan "Allah". Lihatlah di dunia Arab (khususnya Mesir) ataupun jiran sebelah kita sendiri, Indonesia. Penganut agama Samawi lain khususnya Kristian bebas menggunakan perkataan "Allah" dalam kehidupan seharian, ajaran, penerbitan, dan sebagainya.

Mereka menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada Tuhan Bapa mereka (itu seperti yang saya fahamlah, further information, bolehlah tanya sendiri kat mereka). Walaupun mereka mempunyai pemahaman tentang Allah yang sememangnya jauh berbeza, namun pihak Kristian menggunakan perkataan "Allah" dengan bebas tanpa sebarang halangan dan tentangan daripada umat Islam di sana.

Jadi, apa masalahnya jika pihak Kristian di Malaysia mahu mengunakan perkataan "Allah" merujuk kepada tuhan mereka?

MEMANG BERMASALAH

60 peratus rakyat Malaysia merupakan penganut Islam (ini seperti yang saya baca). Pengamalan ajaran Islam secara menyeluruh oleh masyarakat Muslim Malaysia (pada pandangan saya) berada di tahap yang agak teruk. Kalau dinilai, saya hanya sanggup memberikan 10 markah sahaja (markah penuh 100).

Dan sebahagian daripada mereka yang tersasar jauh daripada landasan syariat kembali bertaubat dan belajar Islam daripada tok-tok guru yang mereka percaya dan yakini. Dan sebahagian daripada mereka tersalah ambil guru dan akhirnya mereka terjebak kepada kesalahan syariat yang kedua dan lebih teruk daripada yang mula-mula mereka lakukan sebelum ini dengan mengambil ajaran sesat.

Kalau orang Islam sendiri boleh menggunakan perkataan "Allah" dan menggunakan manuskrip Arab untuk mengelirukan masyarakat Melayu kononnya mereka ini seorang yang warak dan 'alim semata-mata mahu menambahkan pengikut mereka, sudah pastinya perkataan "Allah" mampu dimanipulasikan oleh sesiapapun.

Masalah sekarang ialah, masyarakat Islam di Malaysia sendiri pun masih belum mengenal Allah dalam konteks Islam yang sebenar. Manakan mahu diberikan perkataan "Allah" itu terbuka dan boleh digunakan oleh sesiapapun dengan tafsiran makna yang mereka fikirkan sesuai sedangkan Islam sebagai agama Persekutuan kemudiannya tergugat dek perlaksanaannya?

Pendirian saya, perkataan "Allah" itu hanya digunakan untuk umat Islam di Malaysia. Pi lantaklah negara lain nak buat macam mana. Negara kita mempunyai cara yang tersendiri. Saya selaku rakyat Selangor amat berbangga mempunyai seorang Sultan yang amat memahami isi hati dan rintihan rakyatnya. Maklumlah, dialah satu-satunya Sultan (setahu saya, sehingga artikel ini ditaip) yang bertegas secara terang-terangan melarang pihak bukan Islam menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada tuhan mereka yang bercanggahan dengan Allah yang ditakrifkan oleh Islam.

Tinta mencoret: Sepatutnya al-Quran dan as-Sunnah dijadikan Perlembagaan negara, barulah betul. Selagi Islam itu tidak didaulatkan, jangan cakaplah pasal perkataan (kalimah) "Allah" dimanipulasikan. Pastinya kata-kata itu tidak berharga. Hargailah Allah dan perkataan "Allah" itu sendiri dengan menegakkan hak-hak-Nya.

Presint 9D, WP Putrajaya

No comments:

Post a Comment