Selaku seorang yang mempunyai prinsip, saya tidak sesekali menarik balik apa juga tindakan saya. Biarlah mereka menjaja 'kesilapan' saya yang mereka sangkakan atau adakan itu melata. Saya berpegang pada satu perkara dalam hal ini, jangan aibkan sesiapapun. Biarlah Tuhan yang mengadilinya, itu lebih adil berbanding manusia yang hanya tahu menyebelahi satu pihak dan bersikap berat sebelah dalam mengadili.
Selagi saya yakin itu bukan satu bentuk kesilapan, jangan cuba 'mengugut' saya agar menukarnya. Saya tetap bertegas dengan pendirian tersebut walaupun satu dunia menyanggahnya.
Bukan ego, bukan tidak mengakui kesilapan. Sebenarnya ramai daripada kalangan manusia sendiri yang melihat 'kesalahan' saya itu berdasarkan cerita daripada pihak yang bertentangan dengan diri saya sendiri. Mereka menilai apa yang diperkatakan itu sebagai benar dan 'menjatuhkan hukuman mandatori' ke atas saya tanpa satu pun hujah pembelaan!
Kalau mereka minta sekalipun, saya bersikap berdiam sahaja. Biarlah mereka yang tidak berpuas hati itu menyelesaikan sendiri dengan saya. Cukuplah saya menyimpan sahaja cerita itu dalam memori.
Sesiapa yang terasa tu, jangan kecil hatilah. Lumrah dunia. Selama ini, anda sendiri malukan saya, jaja 'kesalahan' saya. Mengapa pula anda perlu terasa pedas sedangkan anda sendiri yang menyuapkan sambal belacan ke dalam mulut?
Saya bukannya jenis orang yang suka mengadu masalah kecil secara detail kepada orang lain. Saya bukan jenis manusia macam itu. Pada saya, mereka yang suka cerita masalah-masalah kecil kepada semua orang umpama BUDAK KECIL. Bila lapar, MELALAK. Bila mengantuk, MELALAK. Bila tercirit, MELALAK. Orang yang matang cuba menyelesaikan masalah-masalah kecil mereka sendiri tanpa cuba melibatkan orang lain. Itu menunjukkan kematangan kita.
Ini memang saya lepaskan geram yang saya bukukan sahaja.
Ada lah seorang mamat ni, nasihatnya punya bagus, lebih kurang macam ni lah bunyinya:
"Syahmi, kau cubalah jaga mulut kau sikit. Aku datang nak jumpa kau nak hilangkan stress, tapi bila kau cakap macam ni, lagi stress aku."
Dia sendiri tahu gaya gurauan saya yang agak sedikit kasar. Persoalannya: MENGAPA PERLU DATANG JUMPA KALAU DAH TAK SUKA CARA PERGAULAN SAYA? Saya balas mudah (lebih kurang macam ni la saya jawab 'teguran' direct mamat lembek nih):
"Kalau rasa tak suka kawan dengan aku, tok sah kawan," padat dan berisi.
Yang peliknya, mamat yang dapat lima kali anugerah dekan ni nak cuba nyangkal jawapan saya. Apa dia kata:
"Ade ke putuskan silaturrahim," lebih kurang macam itulah ayat dia. Ada ke saya kata putuskan silaturrahim? Saya kata "tok sah kawan" bukan bermakna putus silaturrahim. "Tok sah kawan" tu pada saya kawan takat biasa-biasa je atau lebih tepat lagi, just kenalan.
Lepas itu, dia cakap yang dia tu makan hati dengan kata-kata saya. Dia tak pula fikir yang saya lebih banyak makan hati dengan tindak-tanduk dia. Apa yang saya makan hati tu? Eloklah saya simpan sahaja dalam hati takut-takut mamat yang berlagak pandai (yang sebenarnya tak ada langsung ilmu dalam dadanya) terbaca pula entry ni.
Yang tak boleh blah, dia kata kalau saya guna kata-kata tu dekat orang lain, dah lama saya kena pukul? Kena pukul? KAH KAH KAH. Dangkal sungguh budak yang pernah dianugerahkan pelajar terbaik fakulti.
Sebelum ada yang kena pukul, cuba baca apa yang saya post dalam Facebook yang mana empunya dan orang yang membalasnya, kebanyakkannya KAKI PUKUL (kalau diajak bergaduhlah)
Ni semua komen-komen saya dengan beberapa rakan dalam ruang Facebook. Kalau perempuan yang lembut hati yang sepatutnya lebih mudah touching kalau guna bahasa sindiran pun boleh memahami ia sebagai satu bentuk gurauan, macam mana mamat lembek ni yang mengaku orang Melaka... Dey, kebanyakan orang Melaka guna bahasa kesat, kalau kau betul orang Melaka, takat macam ni sepatutnya tak terasa. Jangan berani mengaku orang Melaka kalau tak mampu dengan sindiran.
Sebelum saya habiskan geram, meh saya tunjukkan beberapa sifat mamat ni yang sepatutnya tak ada pada orang yang pandai.
- Berlagak pandai, semua benda dia rasa dia tahu
- Cakap orang lain semua salah, yang dia tahu cakap dia betul
- Cakap dia semua orang WAJIB ikut, kalau tak ikut BERDOSA (ikut 'mazhab' dia)
Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi
No comments:
Post a Comment