Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Earth Hour kini kembali lagi. Dunia diseru untuk memadamkan penggunaan lampu yang berlebihan selama satu jam bermula jam 8.30 malam. Objektif pemadaman lampu ini adalah untuk 'menginsafi' kesalahan kita sebagai manusia kepada dunia akibat daripada pemanasan global yang makin hari makin melampau.
Dunia semakin tua. Kita selaku penduduk dunia pula semakin hari semakin rakus. Tindakan kita seolah-olah tidak menghormati dunia tempat tinggal spesis manusia sejak ribuan tahun.
Earth Hour has done a lot to raise awareness of climate change issues. But there’s more to it than switching off lights for one hour once a year. It’s all about giving people a voice on the future of our planet and working together to create a sustainable low carbon future for our planet.
Earth Hour symbolizes that by working together, each of us can have a positive impact in the fight against climate change, protecting our future and that of future generations.
Tahun ini, Earth Hour berlansung pada Sabtu ini (esok), 27 Mac 2010 bermula jam 8.30 malam mengikut masa di bandar-bandar yang mengambil bahagian. Bandaraya Kuala Lumpur turut mengambil bahagian dalam rancangan Yayasan Hidupan Liar Dunia (World Wildlife Foundation - WWF) ini.
Penganjuran acara seperti ini mengharapkan satu impak yang besar kepada semua lapisan masyarakat sama ada individu, masyarakat setempat, badan bukan kerajaan, korporat, pelbagai institusi, dan juga kerajaan dalam usaha WWF untuk memupuk kesedaran atas ancaman peningkatan suhu dunia. Melalui Earth Hour jugalah, pencinta alam sekitar mengharapkan pihak kerajaan ataupun pihak yang berkuasa mengambil langkah pantas dan drastik untuk jangka panjang bagi mengurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan lagi peningkatan suhu dunia dan kadar karbon yang berlebihan.
Tindakan Earth Hour oleh WWF sepatutnya dipuji dan kita sebagai umat Islam bukan sekadar mengambil bahagian dalam acara tersebut bahkan we must do it consistantly atau beristiqamah. Jangan hipokrit kononnya bersimpati dengan nasib dunia tetapi hanya dalam satu-satu event semata-mata. Kesedaran ini jugalah yang diharapkan daripada WWF, bukan sekadar ketika Earth Hour sahaja.
Allah swt sudah berpesan:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Peningkatan pemanasan global merupakan satu siri tarbiyyah daripada Allah swt dalam mendidik manusia khususnya hamba-hamba-Nya agar menginsafi perbuatan mereka yang selama ini hanya mementingkan keuntungan dan kemewahan sedangkan tindakan mereka sebenarnya merosakkan lagi dunia, mendatangkan bencana, dan yang bakal sengsara adalah anak cucu mereka. Bila dicanangkan program seperti ini, barulah mereka (orang Islam yang mementingkan diri mereka sahaja) terhegeh-hegeh menyokong dengan penuh hipokrasi sedangkan tidak langsung konsisten dalam sokongan mereka.
Sokonglah Earth Hour, bukan sekadar menutup lampu selama satu jam bermula 8.30 malam esok, bahkan memastikan segala pembaziran seperti membiarkan sesuatu aplikasi elektrik dihidupkan secara membazir dapat dimatikan. Itu sepatutnya menjadi tindakan kita yang asas berputik daripada kesedaran yang dipupuk bermula dari acara Earth Hour esok, mudah-mudahan.
Berdoalah kepada Allah swt agar kita tidaklah tergolong dalam golongan yang melakukan kerosakan dengan tangan sendiri seperti mana yang difirmankan-Nya di dalam al-Quran al-Karim.
Taman Permata, Hulu Kelang
No comments:
Post a Comment