Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 March 2010

Siapa Yang Menjadikan Masjid Dimakmurkan?


Ada sebuah masjid di pinggir sebuah bandaraya. Setiap hari, ia menerima kunjungan jemaah yang ramai. Kedudukan masjid yang strategik dan mempunyai kariah yang ramai antara sebab masjid ini tidak putus-putus daripada kunjungan tetamu.

Setiap malam, pastinya terdapat majlis-majlis ilmu yang diadakan. Masjidnya dihidupkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang bersifat kemasyarakatan.

Itulah sebenarnya yang sepatutnya dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa masjid yang dewasa ini semakin lesu untuk mengimarahkan rumah Allah itu.

Tetapi bukan itu yang ingin dibicarakan di sini.

Suatu hari, setelah selesai solat Subuh pada hari Isnin, imam masjid dan muazzin (bilal) bersemuka ditemani siak yang sedang mengemas dan membersihkan dewan solat. Mereka berdua (imam dan  muazzin) berbicara tentang satu perkara. Perkara apa?

Mereka berdua cuba membuat penilaian siapakah yang paling banyak pahalanya dan jasanya dalam meramaikan jemaah yang mengimarahkan masjid tersebut.

Pulak dah...

"Sebenarnya sayalah yang paling banyak pahala. Iya lah, sayakan imam. Tentulah saya yang mengimamkan jemaah solat. Sekiranya saya tidak mengepalai solat, sudah tentu tiada sesiapa yang datang menunaikan solat secara berjemaah," si imam cuba menonjolkan diri.

"Itu tidak benar! Sebenarnya sayalah yang paling banyak pahala. Mana mungkin imam akan mengimamkan jemaah yang ramai sekiranya mereka tidak dipanggil untuk datang berjemaah di masjid ini!" tegas si muazzin yang tidak berpuas hati dengan kata-kata imam itu.

"Semua tak banyak pahala," sampuk si siak yang sedang mengemas itu secara tiba-tiba. "Mengapa?" tempik si imam dan si muazzin yang tidak berpuas hati dengan jawapan si siak itu.

"Kalau saya tidak buka pintu masjid, awak (muazzin) tidak dapat melaungkan azan untuk mengajak jemaah datang ke masjid berjemaah dan awak pula (imam) tidak dapat mengimamkan jemaah solat itu," jelas si siak itu. Imam dan muazzin itu tunduk mengalah dengan jawapan si siak tersebut.

* * * * *

Kita perhatikan sikap di imam dan muazzin yang bermegah-megah dengan amalan mereka. Kita sebenarnya perlu memerhati, kita tidak akan mampu untuk beramal melainkan dengan bantuan orang lain, sekurang-kurangnya Allah swt yang memberikan kudrat dan iradat-Nya.

No comments:

Post a Comment