Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 March 2010

Polis Berjaga Dalam Hujan

Nombor telefon alternatif saya sudah lebih 100 hari mati. Nombor ini juga mungkin akan direcycle pada bila-bila masa sahaja. Pada asalnya, saya memasukkan kredit sebelum seratus hari masa tambahan yang pihak Celcom berikan tetapi entah macam mana, belum sampai 100 hari, nombor saya telah disekat dan saya tidak lagi boleh mengunakannya.

Kemudiannya,broadband saya pula disekat akibat terkumpulnya dua bulan bill. La... Saya difahamkan oleh pihak Celcom ketika mendaftarkan akaun untuk menggunakan broadband bahawa had limit kredit yang dibenarkan oleh Celcom ialah sebanyak RM 150. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku yang tertakluk dalam terms and conditions yang ditetapkan oleh pihak Celcom bukanlah begitu.

Saya sebenarnya malas untuk membaca terms and conditions dalam sesuatu produk perkhidmatan dan kebanyakkannya ditulis di dalam English. Bukan masalah tidak memahaminya, cuma perasaan malas itu yang menghantui...

Bila saya menelefon Celcom Centre, mereka menjelaskan bahawa terdapat dua cara sesuatu akaun itu diterminatekan. Yang pertama seperti yang saya nyatakan di atas manakala cara yang lagi satu, jika terkumpul dua bill yang tertunggak.

Think positive. Mungkin ketika saya mengambil broadband tersebut, kakak yang menjaga kaunter tersebut baru sahaja menjalankan tugas. Mungkinlah dia kurang memahami dan mungkin juga dia terlepas pandang setiap perkara yang sepatutnya diterangkan. Maklumlah, bukan satu pelanggan yang berurusan dengannya.

Itu takdir saya untuk berurusan dengan pihak Celcom. Cuma saya pelik sebelum itu ketika saya berpusing-pusing di belakang Menara Celcom Jalan Semarak, kelihatan ramai anggota polis yang berkawal di kawasan perumahan elite di situ ketika hujan. Kenapa ya?

Rupanya ada orang meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah buat Tan Sri Dr Sulaiman Daud, bekas Menteri Pertanian.

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Dr Sulaiman Daud, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.
Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman. Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman yang juga bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas Ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat Persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

Tuanku Mizan ziarah jenazah Sulaiman Daud

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menziarah jenazah bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Dr Sulaiman Daud yang meninggal dunia hari ini kerana sakit kanser hati.

Ketibaan Seri Paduka baginda di kediaman Allahyarham di Lorong Lai Tet Lok off Jalan Gurney di sini pada 12.15 tengah hari disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menziarah jenazah Allahyarham.


Muhyiddin berkata, Allahyarham Sulaiman adalah seorang yang lama memberi perkhidmatan cemerlang kepada parti dan kerajaan, dan telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pelbagai tugas yang diberikan dengan baik. "Jasa beliau pada negara amat banyak dan kita terhutang budi pada pengorbanannya," katanya.
Muhyiddin bersama beberapa menteri kabinet yang lain meluangkan masa selama hampir sejam menziarahi serta menyertai solat jenazah.

PAS ucap takziah kepada keluarga Sulaiman Daud

KUALA LUMPUR, 23 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sulaiman Daud (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 8.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, allahyarham ketika hayatnya mempunyai hubungan yang baik dengan PAS sewaktu berada dalam kabinet.

"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kami mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum.

"Beliau sangat sedih bila PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada tahun 1978 menunjukkan betapa eratnya hubungan almarhum dengan PAS," katanya ketika ditemui di Parlimen pagi ini.

Ujarnya lagi, almarhum juga seorang pemimpin yang tidak pernah menunjukkan sikap kedaerahan dan kepartian khususnya kepada PAS sewaktu PAS memerintah Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mengumumkan Dewan Rakyat bertafakur seketika bagi memberi penghormatan kepada allahyarham.

Allahyarham meninggalkan empat anak, Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat Persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di klinik Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.
HarakahDaily.net
23 Mac 2010

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment