Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

06 November 2009

Terbaring Di Lorong Gajah Part 2

Takdir Allah melampaui segala-galanya. Orang yang diharapkan sembuh, didoakan buatnya semoga kembali bertenaga, kini pergi meninggalkankan kami semua.

Haji Shaharuddin Md. Yunus yang berperang dengan penyakit yang telah lama dihidapinya kini tersungkuh rebah untuk pergi bertemu Yang Maha Esa. Pemergiannya merupakan satu kehilangan buat anak-anak Allahyarham Yunus yang kini hanya tinggal 6 orang setelah 4 daripadanya telah pergi meninggalkan dunia.

Terbaring Di Lorong Gajah Part 1
Allahyarham yang kami semua kenali sebagai Pak Anjang merupakan seorang yang benar-benar taat kepada Allah, selalu keluar menuntut ilmu, menyebarkan kepada sanak-saudara. Pemergiannya juga mendapat perhatian seorang Maulana yang juga merupakan guru Allahyarham untuk turun bersama-sama bersolat ke atasnya.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, bertakwa, dan para syuhada', amien...

Al-Fatihah...

Merbau Sempak, Paya Jaras, Sungai Buluh

No comments:

Post a Comment