Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 November 2009

Toby Pergi Astro Menjelma

Pilih antara dua, sama ada mahu melihat riang seorang anak ataupun memenuhi hasrat seorang penguasa yang zalim. Itulah yang berlaku kepada Dr Tenma, ketua di Kementerian Sains (Ministry of Science) dalam filem Astro Boy yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 November lalu. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menonton filem ini tadi.

Filem ini bermula di Metro City, sebuah bandar yang terapung-apung di langit. Keadaan permukaan bumi ketika itu penuh dengan bangkai-bangkai robot yang dibuang dari bandar tersebut. Toby Tenma baru sahaja selesai menjawab kuiz fizik yang diberikan gurunya dan dia dibenarkan pulang ke rumah. Toby kemudiannya ke bangunan Kementerian Sains (Ministry of Science) di mana ayahnya, Dr Tenma bekerja.

Dr Tenma ketika itu sedang bermesyuarat dengan Presiden Stone dan Dr Elefun mengenai dua jenis cores of energy, positive core yang berwarna biru dan negative core yang berwarna merah. Stone mengarahkan agar Red Core (atau negative core) diletakkan di dalam The Peacekeeper, sebuah robot prototaip untuk menghidupkannya. Ketika itu, Toby tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut dan di arahkan supaya diletakkan di dalam sebuah stor tetapi dia berjaya meloloskan diri. Ketika The Peacekeeper rosak dan tidak boleh dikawal, Toby terbunuh ketika robot The Peacekeeper cuba memecahkan pintu keselamatan. Dr Tenma begitu sedih dengan kehilangan Toby yang merupakan anak kesayangannya.

Dr Tenma (kiri) menerima blue core daripada Dr Elefun.

Tidak lama kemudian, Dr Tenma cuba mencipta sebuah robot seakan-akan Toby dengan harapan dapat mengembalikan anaknya yang telah mati. Data-data mengenai Toby diperoleh daripada DNA rambut anaknya yang ada pada topi. Robot yang tercanggih pernah dicipta tersebut dijanakan oleh Blue Core. Selepas dihidupkan, Dr Tenma gembira seakan-akan anaknya kembali semula. Tetapi hari pertama dia meluangkan masa bersama 'anak'nya itu, dia mulai sedar bahawa Toby yang baru tidaklah sama seperti Toby yang asal.

Semakin banyak Dr Tenma melihat Toby, dia berasa Toby benar-benar sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Dr Elefun memberitahu Dr Tenma bahawa Toby yang diciptakan itu pastinya tidak serupa sebagaimana anaknya yang asal. Toby kemudiannya mengetahui bahawa dirinya bukanlah manusia tetapi satu duplicate Toby yang asal. Dia kemudiannya pergi membawa diri setelah ayahnya tidak lagi mahu melihat wajahnya kerana terasa kehilangannya anaknya yang sebenar.

Presiden Stone kemudiannya dapat mengesan isyarat tenaga Blue Core yang terdapat di dalam badan Toby dan menghantar tenteranya untuk menangkap Toby. Toby kemudiannya telah diserang oleh tentera-tentera dan tembakan misil akhirnya menyebabkan Toby jatuh ke atas bumi. Di situlah, Toby bertemu dengan Robot Liberation Front yang kemudian menamakannya Astro. Di atas permukaan bumi, Astro hidup dengan sekumpulan kanak-kanak yang dijaga oleh Hamegg.

Kehidupannya di permukaan bumi bukanlah seperti yang diharapkan. Hamegg mengetahui Astro bukanlah seorang manusia tetapi sebuah robot. Astro kemudian dipaksa bertanding dalam pertandingan ala-ala wrestling antara robot.

Ketika perlawanan itulah, tentera Presiden Stone datang menahan Astro.

Astro kemudiannya di bawa balik ke makmal tempat dia dicipta. Dr Tenma kemudiannya dipaksa untuk mengeluarkan Blue Core dari badan Astro. Ketika proses itu, Dr Tenma memberitahu walaupun Astro bukanlah Toby, tetapi dia tetap anaknya.

Dengan muslihat Dr Tenma dan Dr Elefun, Astro terlepas daripada tawanan tentera Stone. Stone kemudiannya tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan Red Core untuk menghidupkan semula robot The Peacekeeper. Robot tersebut menyerab Stone dan Stone mengawal robot tersebut dari dalam untuk memusnahkan Astro. Teknologi yang ada pada robot The Peacekeeper mampu menyerap apa sahaja senjata yang datang melintasinya. Sementara itu, Cora, kawan Astro dari permukaan bumi datang membantunya.

Cerita Astro Boy ini memang menyeronokkan. Kalau mahu tahu kesudahannya, eloklah tonton sahaja filem ini.

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

No comments:

Post a Comment