Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 November 2009

Karnival Kompleks Kejiranan 2009

Bergambar dengan Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Alhamdulillah. Karnival Kompleks Kejiranan Presint 9 yang berlansung selama dua hari bermula 31 Oktober melabuhkan tirainya. Rezeki saya selama 'bekerja' di sini, Alhamdulillah mencurah-curah walaupun mega berarak kehitaman.

Karnival ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Selain flea market, pelbagai lagi aktiviti lain yang diadakan antaranya; pertandingan tarian tradisional, pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) Jabatan Alam Sekitar, pertandingan nasyid terbuka, persembahan nasyid In-Team dan Rabbani, pertandingan karaoke, dikir barat, pameran keselamatan dan kenderaan polis, dan bermacam-macam lagi.

Kiranya pihak pengurusan, Perbadanan Putrajaya cekap mengambil tindakan untuk memastikan pihak-pihak peniaga yang menjalankan perniagaan secara konsisten setiap minggu memperoleh keuntungan selain sebagai promosi Pasar Sehari Presint 9 yang baru dibuka lebih kurang dalam 3 - 4 bulan lepas.

Terus terang saya katakan, rezeki itu hak mutlak Allah. Walaupun secara zahir dan logiknya, cuaca hujan pastinya melambatkan aliran masuk keuntungan, tetapi sekiranya kita terjun sendiri ke dunia perniagaan, hanya usahawan sahaja yang mampu memahami situasi sebenarnya. Wallahu a'lam.

Berniaga umpama berjudi, belum tentu 'taruhan' kita akan mengena 'Jackport'. Cumanya, 'berjudi' sebegini dibenarkan syariat. Ia juga mengajar kita kesabaran dan juga melatih hati supaya memusatkan tawakal dan harapan kepada Allah swt. Dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan pasang surutnya. Cuma kita hanya perlu menjalankan tugas kita yang asas seperti berstrategi menjalankan perniagaan. Kuasa pembeli dan pembolakan ekonomi semasa segalanya kerja Tuhan Yang Maha Memberi.

Walaupun karnival ini hanya berlansung selama dua hari, tetapi Pasar Sehari Presint 9 yang diadakan setiap hari minggu akan terus beroperasi di lokasi sama, berhadapan dengan Kompleks Kejiranan Presint 9.

Kereta peronta polis yang turut menjadi bahan pameran



Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya

No comments:

Post a Comment