Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 October 2009

Tiga Garisan Menyimpang

Banyak cerita yang mengaitkan pertubuhan yang bernama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia atau nama glamournya PEKIDA. Ada apa dengan PEKIDA? Apa lagi kalau bukan kes gengsterisme yang berleluasa di kalangan orang PEKIDA.

APA ITU PEKIDA?

Jika ditanya kepada saya, apa itu PEKIDA, apa yang bermain di dalam kotak pemikiran saya hanyalah satu: sebuah pertubuhan berjenamakan Islam yang hanya pada nama sahaja. Mengapa saya terfikir sebegitu? Sebab itulah yang berlaku pada luarannya.

Bukan sekadar hanya deras angin yang bercerita, tetapi saujana pemandangan juga mengkhabarkan yang sedemikian rupa. Malam tadi sahaja, (Jumaat, 30 Oktober) bebudak yang terkenal dengan 3 line ni dah buat kecoh dengan pihak pengurusan pasar di Uptown Bazaar Sri Gombak. Kebetulan pula saya bersiar-siar di sana pada masa yang sama dengan kejadian.

Dimaklumkan kepada saya oleh beberapa peniaga yang berniaga di situ, orang-orang 3 line ni memang suka cucuk orang supaya 'memberontak' dengan pihak management tentang isu-isu yang pada saya boleh diselesaikan dengan perbincangan secara profesional di meja rundingan.

Tidak cukup dengan kekecohan yang dibuat, mereka panggil pula 'ayahanda' mereka yang pada saya tiada kena-mengena dengan masalah yang hanya berkait dengan bazar dan pengurusannya. Mengapa perlu dilibatkan orang luar? Apa hebatnya 'ayahanda' sehinggakan dipanggil? Selesai masalah atau menambah-bebankan masalah sedia ada?

Saya bukan orang PEKIDA, tidak menyokong, dan juga tidak menentang.

Hitam putih PEKIDA secara kasarnya nampak bagus dengan mottonya 'Amar Makruf Nahi Mungkar' (kalau tidak silaplah).

Cumanya...
Pihak atasan seperti ayahanda, abang long, atau apa sahaja yang mereka panggil sepatutnya perlu menapis semula atau apa yang pernah 'ayahanda' besar mereka kata: program pemutihan senarai keahlian sebilangan besar ahli-ahli PEKIDA. Mana-mana ahli yang cenderung kepada kesesatan yang tersasar jauh dari visi dan misi asal penubuhan PEKIDA sepatutnya ditarbiyah semula atau paling mudah tetapi tegas, buang daripada keahlian. Pada saya, itu semua perlu dan bersifat mandatori kerana imej PEKIDA yang zahirnya mahu mempertahankan Islam ini dapat dibersihkan daripada pandangan serong sebahagian besar masyarakat Islam yang melihat gerak-geri ahli PEKIDA yang samseng dan gila hormat.

Sebagai sebuah pertubuhan gerakan Islam, PEKIDA seharusnya menghidupkan (wallahu a'lam sama ada ia dijalankan ataupun tidak) amalan usrah. Sekurang-kurangnya amalan ini dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan ahli usrah dan saling membetulkan kesilapan sesama ahli supaya motto 'amar makruf nahi mungkar' yang cuba dibawa PEKIDA dapat benar-benar dijalankan setidak-tidaknya dikalangan ahli PEKIDA sendiri.

Saya pasti walaupun bukan 100%, sekiranya ahli PEKIDA (dan tidak dikecualikan kepada kita juga) berpegang teguh dengan Allah dan rasul-Nya, walaupun Amerika cuba menyerang, insya-Allah, mereka inilah yang menjadi barisan hadapan yang menjadi benteng pertama yang tumbang tersungkur bermandikan darah syuhada' untuk Allah Rabbul Jalil atau berjaya menjulangkan panji-panji Islam yang tinggi dan mulia.

Yang pasti, sekiranya pemimpin-pemimpin atau ayahanda atau apa juga istilah yang PEKIDA gunakan semacam tidak ambil peduli, tiada sebarang tindakan terhadap kes gensterisme yang menular menjadi darah daging PEKIDA, selagi itulah kebanyakkan daripada masyarakat umumnya memerhatikan PEKIDA semacam mafia.

Jadikan teguran ini sebagai satu kata-kata membina supaya dapat mengembalikan imej baik PEKIDA yang tercoret dengan arang kepada satu imej yang suci kerana nama PEKIDA sendiri menggunakan kalimah Islam yang mana sedikit sebanyak imej Islam turut sama terkena tempias kekotorannya.

Sesungguhnya manusia itu tidak pernah terlepas daripada salah dan silap. Tugas kita cuba menarik semula sedaya yang kita mampu agar Allah swt itu kembali diagungkan.

والله أعلم بالصواب

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

No comments:

Post a Comment