قال الله سبعانه وتعالى في كتابه العزيز
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَـٰجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَآ إِلاَّ خَآئِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الأخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
صدق الله العظيم
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَـٰجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَآ إِلاَّ خَآئِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الأخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
صدق الله العظيم
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
AQ 2:114
Belum sempat lagi konflik yang melibatkan bekas mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) dengan beberapa kumpulan NGO berkaitan dengan bantahan lantikannya ke posisi YDP Yadim ke Yang Di-Pertuan Agong reda, kita dihidangi dengan santapan berita mengenai tangkapan Dr MAZA oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor.
31 Oktober lepas, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datu Hasan Ali berkata hanya mereka yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Masalahnya di sini, tidak boleh dirundingkah terlebih dahulu untuk diberikan tauliah sebelum mengambil tindakan melulu mencekup ulama yang memberikan kuliah di seluruh Selangor?
Mengapa enakmen menekan perkembangan ilmu agama seperti ini tidak dikaji oleh ADUN-ADUN khususnya PAS dan pesuruhjaya negerinya yang memberi jaminan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membuka ruang seluas-luasnya dalam penyebaran Islam di bumi Selangor. Kini, mengapa beliau (Dato' Dr Hasan Ali) memungkiri janjinya? Adakah semata-mata Dr MAZA sebelum ini dituduh sebagai 'wahabi' oleh segelintir 'ustaz-ustaz' yang bercanggah dengan pendapatnya tanpa ada ruang perbincangan terlebih dahulu?
Ataupun memang benar Dr Hasan seorang yang bermasalah dalam PAS yang mana kerjanya serupa pada zaman pemerintahan BN Selangor?
Dr MAZA kemudiannya diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di Taman Seri Keramat oleh JAIS seawal 9 pagi. Tetapi, janji JAIS hanya tinggal janji. Mahkamah memaklumkan tidak menerima sebarang dokumen pendakwaan daripada pihak JAIS terhadap beliau. Di manakah janji JAIS? Ketika ditanya pihak wartawan, pihak JAIS hanya menunggu arahan daripada mufti. Mufti? Mudah-mudah sahaja mengaitkan mufti Selangor dalam kancah kesilapannya sendiri?
Pada saya, JAIS perlu menumpukan usaha membasmi maksiat yang berleluasa di Selangor sebelum menahan ulama yang dituduh 'wahabi' tanpa perbincangan kedua-dua pihak. Sekiranya JAIS (terutamanya kepada Pengarah JAIS), dan Exco yang berkaitan hal ehwal Islam di Selangor terus-menerus bertindak membuta tuli sebegini, tunggu sahajalah 'tentera putih' yang bakal mengisytiharkan 'operasi pemutihan' kepada mereka yang berkaitan.
YAB Perdana Menteri, menteri bahagian hal ehwal Islam, YAB Menteri Besar Selangor, ahli-ahli negarawan, dan ramai lagi yang mahukan penjelasan daripada JAIS atas tindakannya yang menyusahkan mantan Mufti Perlis tersebut.
Jika benar Dr MAZA seorang 'wahabi', duduk semeja sebelum terus memenjarakan tanpa penjelasan yang sewajarnya daripada mangsa. Ini satu bentuk tegasan saya sendiri buat mereka yang menjaga hal ehwal di Selangor; jangan cuba-cuba meniru gerak langkah kerajaan terdahulu atau saya sendiri akan mengubahnya pada pilihanraya yang akan datang.
SENARAI ARTIKEL BERKENAAN PENANGKAPAN Dr MAZA:
Bekas mufti anggap diri disabotaj JAIS
JAIS dibidas, tiada pertuduhan!
Dr Asri - perlukah JAIS layan seperti penjenayah?
JAIS tidak profesional
JAIS pilih kasih, kata Shahidan
JAIS bincang dengan Dr Asri, muncul di mahkamah lewat dua jam
Penahanan Dr Asri ada 'agenda tersembunyi' - Dasuki
Najib persoal motif disebalik penahanan Dr Asri
Khairy terkejut penahanan Mantan Mufti Perlis
JAIS tidak jadi dakwah Dr Asri
Jamil Khir gesa JAIS beri keterangan isu penahanan Dr Asri
Dr Asri
MB Selangor arah JAIS beri penjelasan
Hormati hak individu tuntut ilmu
Photo - Kecoh isu penahanan Dr Mohd Asri
Kerajaan Negeri mahu Asri disiasat dengan adil
والله أعلم بالصواب
Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi
Sila gunakan al-Quran Rasm Uthmani untuk membaca ayat-ayat al-Quran yang dikemukakan untuk mengelak sebarang kesalahan dalam pembacaan.
No comments:
Post a Comment