Itulah lumrah dunia. Media semakin hari semakin melaporkan pelbagai berita dan kebanyakkannya hanyalah tohmahan semata-mata.
Agaknya Tuhan berada di dalam poket seluar mereka kot... 'Mungkin'...
Kadang-kala tohmahan yang dilemparkan itu seakan-akan serupa umpama kaca dengan berlian. Yang membezakannya hanyalah nilaiannya. Hanya wanita sahaja yang mampu membezakannya, itupun terkadang tersilap juga.
Itulah yang dilalui oleh seorang Tok Guru yang memegang jawatan sebagai ketua eksekutif di sebuah negeri di pantai timur semenanjung, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Apa tohmahan yang dilemparkan?
Pertama sekali berkaitan dengan tajaan haji RM 65k. Salahkan seorang MB menerima tajaan demikian. Boleh jadi salah dan boleh jadi tidak salah. Adakah benar si penaja mempunyai agenda atau kepentingan tersembunyi dalam tindakannya 'merasuah' MB Kelantan tersebut? Sehingga kini, SPRM masih membisu tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.
Ada yang berkata, menaja fakir miskin lebih mulia daripada menaja seorang Menteri Besar. Persoalannya di sini, perbuatan itu tetap mulia walau sekaya mana pun orang yang ditaja itu. Mengapa perlu dipersoalkan? Sekiranya kita berada di tempat si penaja (senang ceritalah, jadi jutawan), adakah kita akan memberi tajaan kepada fakir miskin? Belum tentu lagi. Daripada mengatakan tindakan itu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, bagaimana pula dengan tindakan 'musuh tradisinya' yang selalu mengeluarkan belanja jutaan ringgit keluar negara semata-mata makan angin? Bagaimana...?
Keduanya pula mengenai tuduhan 'kronisme' terhadap TG Nik Aziz mengenai perlantikan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Sejujurnya, saya tidaklah mengenal siapakah sebenarnya Ariffahmi. Jika dikatakan beliau jujur, tidaklah boleh saya membenarkannya. Sekiranya beliau dituduh tidak amanah dan tidak produktif, juga saya tidak mampu menafikannya.
Serangan bertubi-tubi dengan bermacam-macam tohmahan terutamanya tuduhan TG Nik Aziz mengamalkan 'kronisme' dalam pentadbiran Islaminya. Maka diselitkan juga unsur-unsur penipuan, berkempentingan peribadi, memilih, rasuah, dan sebagainya. Bukan sahaja dengan kata-kata, malah dikerahkan juga SPRM untuk 'menggempur' pejabat Ariffahmi semata-mata mahu mencari lubang yang boleh diletupkan. Bukan sekali, bahkan dua kali! Akhirnya, hanya tinggal serbuan tanpa satu pun dokumen yang menyokong tuduhan tersebut.
Untuk menunjukkan intergriti pentadbiran, TG Nik Aziz akhirnya menasihatkan Ariffahmi untuk berundur daripada jawatan CEO yang dipegangnya. Ingatkan soksek langau dapat dihilangkan, rupanya sama sahaja. TG Nik Aziz kemudiannya dituduh mengemudi Kelantan tanpa satu hala tuju, tiada tujuan dan penuh dengan ketidaktentuan. Ada juga yang mulut busuk mengatakan TG sudah nyanyuk! Salahkah beliau meminta menantunya selaku CEO PMBK meletakkan jawatan untuk 'menjernihkan keruh tuba'? Tindakkan beliau ini membuktikan beliau berani menarik semula setiap tindakannya jika ia hampir-hampir ke arah satu bentuk pemonopolian keluarga atau kronisme. Jika ia berlaku kepada pemimpin pihak lawan, adakah mereka berani? Sejarah sendiri telah membuktikannya.
Dua isu tersebut akhirnya menemui jalan buntu. Maka diciptanya isu ketiga, Husam meletakkan jawatannya dalam kerajaan Kelantan dan dalam PAS. Tak boleh blahlah ayat dia (ayat yang suka saya katakan terhadap satu benda yang berlaku sepatutnya tidak berlaku). Saya petik kata-kata Dato' Husam Musa membidas laporan nista ini.
Laporan NST semalam, Husam: They go or I'll quit, begitu mengada-ada. Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa? Seingat saya Isnin dan Selasa lalu saya di Parlimen mengikuti perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM, melihat Datuk Nazri beraksi da. Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya? Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husamkah itu atau siapa? Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran? Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata. Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.Kenyataan Husam ini sekaligus menafikan setiap pembohongan media yang kebanyakkannya menjadi tali barut pihak yang tidak bertanggungjawab. Mana perginya iman sekiranya suka melemparkan nista? Benarlah, 'Tuhan sudah berada di dalam poket seluar mereka'.
Orang macam kita, eloklah kita dengar lagu ini. Bukan sekadar halwa telinga, tetapi dihayati dan terapkan dalam diri agar sekurang-kurangnya tindakan kita bagai ada guideline, memandu kita ke arah Tuhan Yang Maha Esa.
BILA TUHAN TAK DITAKUTI (Mawaddah)
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macamboleh terjadiTaman Permata, Hulu Kelang
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini
Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan ke mana mahu pergi
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini
Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak menghotam mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya, sudah jadi makan minumnya
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini
Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-oleh mereka wira agama
Dengan hendak membersihkan agama dari noda
Dan sebenarnya berlaku di depan manusia bukan hidup?
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini
Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri tededah oleh setiap hari
Berbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri nafsi-nafsi kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji, yang ada kaitan dengan gaji
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini
Wahailah amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah kesesatan dalam beragama
Kesesatan dalam beragama
Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Jasa saja disebut berulang-ulang kali
Jasa-saja disebut berulang-ulang kali
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya menipu diri tak disedari
Menipu diri tak disedari
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini
Tak kurung juga ada di kalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur jiwa mereka derita
Tak kurang juga membunuh diri
Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana-sini, di sana-sini, di sana-sini
No comments:
Post a Comment