Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 December 2009

Tersasar Di Jalan-Mu


Bismillah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt. Saya datang pada malam ini dengan harapan saya akan naik ke pentas untuk "Tersasar di Jalan-Mu". Saya dah rindu nak naik pentas Anugerah Skrin, dah lama tak naik. So malam ni, Alhamdulillah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga saya kepada semua production crew, technical crew saya, pelakon-pelakon saya, tanpa mereka, tak mungkin "Tersasar" akan menjadi kenyataan. Dan yang paling utama ialah untuk warga Lorong Haji Taib kerana drama ini saya tujukan khas buat mereka. Dan akhir sekali kepada RTM kerana menayangkan drama ini bukan kerana mungkin tidak ada commercial value, tetapi kerana atas dasar moral, support dia kepada program saya, "Kempen Sosial Remaja", atas tanggungjawab sosial, maka drama ini ditanyangkan di RTM. Terima kasih tak terhingga, terima kasih kepada TV3 kerana menerima saya di atas pentas pada malam ini. Sekali lagi, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan "Tersasar di Jalan-Mu". Terima kasih.
Erma Fatimah
Anugerah Skrin 2009

Setelah beberapa lama tidak menonjol dalam mana-mana majlis hiburan, Erma Fatima akhirnya menang besar di Anugerah Skrin 2009 (ASK09). Erma dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik melalui telemovie ‘Tersasar Di Jalanmu’ yang disiarkan di saluran RTM 1 di slot Panggung Seri.

Lima lagi kategori yang dimenangi oleh telemovie ini Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Norish Ismail), Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Perhatikan kata-kata Erma Fatima ini
Dan akhir sekali kepada RTM kerana menayangkan drama ini bukan kerana mungkin tidak ada commercial value, tetapi kerana atas dasar moral, support dia kepada program saya, "Kempen Sosial Remaja", atas tanggungjawab sosial, maka drama ini ditanyangkan di RTM.

Jika diperhatikan secara mendalam, kata-kata beliau ini sebenarnya satu kritikan tajam buat TV3 yang mana Datuk Farid Ridzwan selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Media Prima yang menyampaikan anugerah kepada beliau.

Kata saya cuma satu, jangan kerana mengejar populariti, filem atau drama yang dianggap langsung tiada nilai komersil ditolak semata-mata tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Kena hempuk, jangan baru nak merah padam muka...

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment