Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Susulan daripada entry terdahulu, saya terasa kurang kalau tidak berkongsi mengenai apa yang ingin saya keutarakan ini.
Lebih 'ngam' kita dengan mad'u, lebih mudah kita menyampaikan risalah suci. (Gambar hiasan) |
Banyak teguran dan nasihat yang berlegar di kalangan pendakwah-pendakwah kita lebih berbentuk larangan dan tegahan serta balasan seksa api neraka. Sesuai lagi ke teguran sebegini dalam zaman orang yang memberontak jiwanya?
Minggu lepas, saya diajukan soalan daripada seorang gadis bertanyakan mengenai firman Allah yang bermaksud: "Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar." Tetapi bagaimana kalau seseorang itu solat tapi masih lagi buat benda dosa? Beliau seorang yang solat lima waktu seharian tetapi penampilannya masih dengan free-hair dan gaya trendynya.
Tak sempat saya jawab, pak wenya memberikan jawapan yang... boleh saya kata sebagai tepat dan padat. Apa yang dikatanya? "Itu tandanya solat kita tak sempurna, B (baby)." Alhamdulillah. Jawapan yang agak bagus pada tahapnya sebagai orang awam (dan sememangnya dia bukan berkelulusan pengajian Islam). Saya menyambung sedikit jawapannya dengan beberapa keterangan sebagai mengukuhkan asas jawapan tersebut.
Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Terima ataupun tidak, itu urusannya dengan Tuhan.
Bergaullah selagi mana tidak melanggar syara'. (gambar dicuri di sini) |
Kita letak satu gaya di mana semua orang senang bila berdampingan dengan kita.
Tetapi, ada satu cara penyampaian yang mana orang awam tidak gemar, iaitu cara penafian dan larangan. "Kalau awak buat ni, dosa," "Tak boleh buat macam ni, dosa," "If you do this, you go to hell and the society as well... bla bla bla..."
Kenapalah suka ditonjolkan semua itu? Itulah masalah kita.
Semua suka dengan da'ie selagi kena caranya. |
Dakwah juga perlukan marketing. Kalau mula-mula lagi kita sudah salah promote, nampak gayanya, Islam itu akan bertambah negatif pada kaca mata orang awam because of our marketing of the idea is terrible plus the misinformation spread by anti-Islamist media makes it even worse. People are misinformed of what Islam is. They think that Islam is the harbinger of doom.
Cuba khabarkan mengenai indahnya Islam. Khabarkan mengenai nikmatnya syurga. Khabarkan mengenai Tuhan kita Yang Maha Pengampun. Islam bukan agama yang melarang itu dan ini. Sebaliknya Islam menyediakan kaedah kehidupan yang lebih bersistematik.
Solat, misalnya. Jangan dijadikan solat sebagai satu bentuk bebanan. Solat sebenarnya menjadikan seseorang itu lebih menghargai dan menjaga masa. Solat perlu dilaksanakan pada awal waktunya walaupun terdapat kelonggaran masa yang agak panjang.
Persetubuhan. Islam tidak melarang persetubuhan, tetapi ia hendaklah dilakukan kepada orang yang layak iaitu kepada pasangan suami isteri.
Di sini saya bawakan satu kisah yang mana saya tidak boleh mengesahkan sama ada ia sahih ataupun tidak, tetapi amat berguna buat rujukan kita bersama. Seorang 'alim (seorang cerdik pandai agama) pernah didatangi oleh seorang pembunuh yang sebelum ini pernah membunuh 99 orang. Pembunuh tersebut berhajatkan untuk bertaubat dan ingin meminta jasa baik daripada ulama tersebut untuk memimpinnya ke arah cahaya hidayah. Namun, apabila diceritakan perihal tersebut kepada ahli 'alim berkenaan, ahli 'alim tersebut terus menghukumnya dengan seksaan neraka dan mengatakan tiada lagi pintu taubat buat pembunuh kepada 99 orang mangsa bunuh. Geram dengar jawapan yang agak kasar dan keras, pembunuh tersebut membunuh ahli 'alim berkenaan yang celupar dan menjadikannya mangsa yang ke-100.
Niatnya sudah baik, ingin bertaubat. Kenapa tidak dipimpinnya ke arah yang baik sebaliknya ditutup terus pintu dakwah?
Cuba bandingkan dengan kisah ini pula.
Rasulullah saw pernah didatangi oleh seorang pemuda yang gemar berzina. Pemuda tersebut meminta nasihat daripada Rasulullah saw untuk berubah menjadi baik, asalkan tabiatnya untuk berzina tidak dilarang. Apa yang Rasulullah sabdakan kepadanya? "Janganlah engkau berdusta (menipu)."
Ada tak Rasulullah saw menghighlightkan larangan terhadap apa yang menjadi kesukaannya? Tidak. Sebaliknya Baginda saw mencari satu alternatif lain untuk memperbaiki pemuda tersebut.
Mengapa Rasulullah saw memilih untuk menasihati pemuda tersebut supaya bercakap benar dan tidak berbohong? Ada hikmahnya. Nasihat Rasulullah saw sememangnya diikut oleh pemuda tersebut dan menjadikannya seorang yang tidak berdusta. Itu menyebabkan pemuda tersebut terpaksa meninggalkan tabiat zinanya kerana tidak mampu mengaku menodai wanita-wanita yang dizinakannya itu. Bukankah itu lebih baik daripada kita melarang orang tersebut daripada berzina? Rasulullah saw menegur apa yang boleh diubahnya sekaligus menjadikan rentetan terhadap perubahan secara keseluruhan.
Jangan jadi seperti kisah seorang 'alim dengan pembunuh. Sudahlah tidak dapat merubah pembunuh tersebut menjadi baik, bahkan mendorong untuk pembunuh tersebut melakukan dosa membunuh yang ke-100.
Berdiskusilah. |
والله أعـــلـــم بـــالصــــواب
Tinta berdakwat: Change our approach, think of a new marketing strategy to spread islam, and repackage the idea. Insya-Allah, it will be successful.
Bandar Seri Putra, Bangi SDE
nice! ini yang aku rasa.
ReplyDeletejangan ambil konsep houlier than thou, aku solat 5 waktu mengaji Quran sehari semalam, aku lebih mulia dari kau.
sorry to say but, itu celaka.
pendakwah tipikal. mudah menjatuh hukum. ini dosa. kau pendosa. dia ahli neraka.
yup, tegur itu ada cara nya. tegur dengan hikmah.
*teruskan menegur.
=)
aish dah xde button like ke? keh3x
ReplyDeleteButton like ade lah...
ReplyDeleteMase surf ari tu dia tak loading kot...