Hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang bekas rakan sekerja abah yang dilangsungkan di Stesen Komuter Sentul.
Sudah lama saya tidak ke stesen ini sejak entry Saudaranya Dua Tangan, yang mana saya bertemu dengan seorang lelaki warganegara Indonesia yang menunggu komuter di stesen tersebut.
Silap tu. Last datang Stesen Komuter Sentul pada 2009. |
Dan stesen tempat yang berborak dengan lelaki Indonesia tersebut kini sudah dirobohkan dan diganti dengan sebuah stesen baru yang lebih besar dan cantik.
Kalau lalu dengan komuter, banyak kali sejak Stesen Komuter Batu Caves siap. Tapi kali terakhir naik komuter pun tahun lepas sebelum beli Viva.
Jap. Tak tau nak ngarut apa. Layan je lah gambar yang sempat saya snap tadi.
Baru sampai. |
Jalan ke tempat jamuan. |
Abah baru lepas salam 'tuan rumah' yang tidak berada di rumah. Yang kanan tu kawan satu syarikat dengan abah, anak dia dulu satu sekolah dengan saya. |
Kempen "Sayangi Selangor". Ops, ini Wilayah Persekutuanlah. Salah pasang iklan ni... |
Sempat lagi ambil gambar bunga. |
Ramainya orang... |
Lepas makan. Menunggu pengantin naik ke atas dari arah platform. |
Eh, ada jurukamera TV3. Ni mesti masuk TV malam ni. |
Mak, abah bergambar dengan bekas rakan sekerja. Yang baju biru tu Encik Sarbini, antara orang besar dalam KTMB, bos mak dulu. |
Pengantin dah nak naik escalator. |
Ramainya |
Pasangan mempelai tersenyum lebar. Abah kata, pengantin lelaki tu mukanya macam masih budak. Huh... |
Eh, kereta Astro Awanilah. |
Kereta Bernama TV. Saya dah perasan kereta ni masa saya sampai. |
Gambar yang terakhir tu, masa jurukamera TV3 ambil gambar, saya ambil gambar jurukamera tu. Hehehe...
Untuk menonton, sila layari Tonton.com.my.
Untuk menonton, sila layari Tonton.com.my.
۞ ۞ ۞ WALIMAH ۞ ۞ ۞
Cadangan Ustaz Azhari Sulaiman kepada saya, berarak di Gajah Menyusu yang baru mula dibina di sekolah. Kurang mencabarlah. Hehehe... |
Rasanya tahun ini, saya kurang diajukan dengan persoalan berkaitan perkahwinan. Tak tahulah kenapa. Mungkin saya bercukur sepanjang cuti persekolahan menjadikan muka saya nampak awet muda.
Isnin lepas, beberapa orang ustazah terkejut dengan wajah saya kerana saya bercukur. Saya kurang gemar bercukur. Bila saya bercukur, ramai yang janggal dengan wajah saya.
Dari kiri: Adlan, Tun, saya, Aiman Hazim, dan Aiman Farhan. Yang pakai baju merah jambu tu Amirul Haziq. |
Bila saya bergambar dengan murid saya ketika Majlis Sarapan Aidilfitri, September lepas, dengan keadaan muka baru lepas lebih kurang 3 minggu selepas bercukur, muka saya tidak ubah macam budak sekolah menengah.
Walau apapun, perkahwinan adalah salah satu agenda saya dalam masa 5 tahun ini. Dengan siapa saya akan menikah, tunggu.........
Tinta mencoret: Mempelai ni kahwin naik komuter. Ada cadangan lain...?
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Woahhh , untung bhai ^o^ Masuk Tv !
ReplyDeletePengantin yang masuk TV. Yang lain-lain tak muat...
DeleteHehehe...