Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

20 December 2012

20.12.2012 And Eschatological Beliefs

Hari ini hari Khamis, bertarikh 20 Disember 2012, satu tarikh yang begitu cantik apabila ditulis atau ditaip dalam angka; 20.12.2012. Tetapi, apa yang begitu istimewa dengan angka tersebut? Tiada apa-apa yang begitu istimewa melainkan angkanya yang cantik, yang hanya akan hadir sekali sahaja.

Begitu juga dengan tarikh 1 Safar 1434 Hijri lepas. Begitu cantik apabila ditulis dalam angka; 1.2.34H. Bagai tersusun angkanya. Namun, apa yang menjadikannya begitu istimewa? Tiada, melainkan hanya susunan angkanya sahaja.

Tarikh 12 Disember 2012 juga sama. 12.12.12 hanya cantik pada angka, tiada apa yang istimewa.

Jangan terlalu mengagungkan tarikh yang memiliki angka yang cantik. Jangan mempercayai sebarang tarikh yang cantik ini membawa kepada sesuatu yang menguntungkan atau musibah, itu sudah dikira syirik.

Namun, adakah salah sekiranya kita mengabadikan tarikh yang cantik angkanya ini dengan sebarang aktiviti yang bersejarah untuk diri kita seperti pertunangan dan pernikahan?

Bagi saya, tiada yang menjadi kesalahan mengabadikan tarikh tersebut dengan sebarangan aktiviti. Tarikh tersebut lebih mudah diingati berbanding tarikh-tarikh lain yang kadang-kala boleh menjadikan kita lupa kerana angkanya.

Tindakan mengabadikan tarikh tersebut menjadi satu kesalahan dan dosa apabila kita percaya dengan mengadakan sebarang aktiviti seperti pernikahan pada tarikh tersebut boleh memberikan kebahagiaan atau sebagainya. Sedangkan kita sedia maklum, kebahagiaan itu datangnya daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bukan diberikan oleh angka-angka yang tersusun cantik.

Itu sebab, kita  wajib mempercayai Qadar dan Qadha' sebagai salah satu daripada Rukun Iman. Tanpa mempercayai atau meragui walau sedikit, iman kita sudah rosak.

۞   ۞   ۞   Doomsday  ۞   ۞   ۞

Bercerita berkenaan 20.12.2012, tarikh ini juga menjadi perbincangan yang begitu hangat oleh Pihak Barat dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Tarikh yang mana mereka mempercayai bahawa pelbagai perkara bakal terjadi, terutamanya hari bumi ditimpa malapetaka, atau kata mudahnya; Hari Kiamat.

Perbincangan berkaitan kepercayaan eschatological, berkaitan dengan alam selepas kematian, cuba dikaitkan dengan tarikh ini oleh pakar pengkaji daripada pelbagai bidang di Dunia Barat.

Pelbagai teori dikeluarkan untuk membenarkannya.

Ada yang berhujah Kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012 kerana tarikh terakhir dalam kalendar Tamadun Maya adalah pada 20 Disember 2012. Sekiranya pengakhiran kalendar Tamadun Maya diambil kira sebagai satu tanda Kiamat akan datang pada sehari selepas tarikh terakhir kalendar tersebut, kita juga boleh berhujah bahawa Kiamat juga mungkin akan datang pada 1 Januari 2013 oleh kerana kalendar Masehi bertahun 2012 berakhir pada 31 Disember 2012. Maka, tiada lagi hari selepas itu, mungkin juga Kiamat boleh terjadi.

Perkara yang berlaku sebenarnya adalah pertukaran kalendar Maya daripada 'tahun' lama kepada 'tahun' baru. Kiranya hari ini adalah 'tahun' baru bagi kalendar Maya. Dan 'tahun' baru bagi kalendar Maya yang seterusnya adalah pada hari ini selepas kali terakhir 'disambut' pada 18 September 1618.

Teori ini juga bersanggahan dengan hasil observasi ahli astronomi.

Teori kedua, Keselarian Bumi, Matahari, dan Pusat Bima Sakti.

Kajian menunjukkan bahawa Bumi dan Matahari berada dalam satu garisan lurus dengan pusat Galaksi Bima Sakti. Ada juga yang mendakwa bahawa Matahari dan Sistem Solar akan melintasi pusat Bima Sakti yang mana kepadatannya dengan bintang-bintang adalah berjuta kali lebih padat daripada kawasan di sekitar Sistem Solar.

Ada juga yang mendakwa bahawa akan berlaku kegelapan apabila ketiga-tiganya berada dalam satu garis lurus.

NASA menafikan bahawa akan berlaku kegelapan ketika Bumi, Matahari dan Pusat Bima Sakti berada dalam satu garisan lurus. Dakwaan mengatakan bahawa Sistem Solar akan merentasi pusat galaksi adalah pelik dan tidak benar. Jarak antara pusat galaksi dan Sistem Solar adalah lebih kurang 25,000 tahun cahaya. Mana mungkin Sistem Solar akan bergerak menuju ke arah pusat galaksi sedangkan selama ini ia bergerak mengelilingi pusat galaksi. Kegelapan juga tidak akan berlaku, dan tidak berlaku pun hari ini. Tiada yang menyokong teori tersebut. Yang benar hanyalah keselarian kedudukannya, namun tiada sebarang perkara akan berlaku.

Teori Planet Nibiru, Supermassive Black Holes, I Ching, dan sebagainya juga tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam menentukan tarikh berakhirnya usia Bumi.

Dan sebagai seorang Muslim, kita juga ditegah daripada mempercayai perkara-perkara seumpama ini.

Kenapa perlu diramal tarikh Kiamat? Seharusnya kita bersedia berhadapan Kiamat dengan cara menambahkan amal ibadat, bukan resah-gelisah seperti pihak Barat. Lihat sahajalah filem 2012, gambaran mereka cuba untuk melawan kuasa Tuhan, berusaha untuk selamat daripada Kiamat walaupun pengakhirannya tidaklah kepada kehancuran Bumi.

Islam mengajar kita agar terus beribadat, terus memakmurkan bumi Allah walaupun kita 'mengetahui' bagai esok benar-benar Kiamat.

Tinta berdakwat: Tak ada masa nak layan pasal Kiamat versi Barat.

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE

1 comment:

  1. 20.12.2012-tarikh besday kak long akak...tarikh yg cantik n dtg sekali seumur hidup...

    ReplyDelete