Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 July 2013

Ramadan 1434H: Day 10, Berbumbungkan Langit

Salam Ramadan 1434H.

Bergambar dengan Aqif Aiman selepas majlis solat Tarawih.

Teguran demi teguran saya terima sepanjang Ramadan kali ini. Pastinya setiap teguran itu saya terima dengan hati yang terbuka. Bersangka baik dengan setiap teguran yang diterima, untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada diri saya selaku manusia yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.

Saya diamanahkan untuk melaksanakan beberapa aktiviti di sekolah sepanjang Ramadan ini. Cumanya, saya memiliki beberapa kekangan masa untuk melaksanakannya.

Hari kesepuluh (Jumaat, 19 Julai 2013), pihak PIBG dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra menganjurkan Majlis Solat Tarawih Perdana Berbumbungkan Langit di SRA Bandar Seri Putra. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Kalau sudah ada program pada sebelah malam, saya terpaksa kekal berada di sekolah selepas waktu persekolahan. Kalau balik, kirim salamlah nak datang sekolah semula. Bukannya dekat perjalanan sehala dari rumah ke sekolah, dah macam pergi melancong jauhnya.

Jadi, saya sudahpun merancang dengan murid-murid yang bertadarus dengan saya untuk terus bertadarus sehingga jam 6 petang.

Semangatnya mereka nak bertadarus sampaikan mereka membawa pakaian, sebab mereka sangka akan kekal berada di sekolah sehingga malam.

Mereka gembira untuk terus kekal, saya tiada masalah.

Sebahagian murid yang bertadarus.
Naufal dan Solah di belakang manakala Aiman dan Hafizul Hadi di hadapan.
Selepas selesai bertadarus, saya membawa mereka ke bazar Ramadan yang terletak berhadapan dengan sekolah.

Ber'saie' di bazar Ramadan. Time ni Solah jadi cameraman.
Mata saya terpaksa melilau melihat bebudak ni, takut hilang entah ke mana-mana...
Antara juadah 'wajib' Aiman kalau ke pasar dengan saya.
Ayam madu pilihan Solah. Aiman pula kata, tak pernah rasa lagi...
Banyak lagi gambar juadah yang mereka ambil sepanjang ber'saie' di bazar. Saya pula mengharapkan tidak berjumpa dengan sesiapa yang saya kenal sepanjang berjalan di bazar. Malangnya, ramai pula yang menyapa saya, seperti Fatin, Syakira, Aiman Hazim, Aniq Akmal, dan lain-lain. Yang tak sapa pun ada, menunjuk-nunjuk ke arah saya dari jauh. Kebanyakkan yang menunjuk-nunjuk dari jauh tu disedari Aiman. Saya tak perasan sangat sebab memerhatikan mereka yang asyik memilih juadah yang mahu dibeli.

Balik je ke sekolah, rupa-rupanya ada juadah iftar yang sudah tersedia untuk kami. Haish. Makanan yang banyak-banyak beli tadi terpaksalah kami ketepikan untuk santapan moreh...

Majlis bermula apabila azan Isyak dilaungkan oleh Ustaz Zulraime. Alhamdulillah, jemaah yang hadir amat memberansangkan.


Penyerahan sumbangan buat anak yatim dan fakir miskin.
Lagi gambar boleh dilihat di Facebok SRA Bandar Seri Putra.

Selepas majlis, saya bergegas ke pusat sumber untuk menghabiskan juadah yang dibeli. Banyak tu. Mahu tak mahu, terpaksalah dihabiskan walaupun sebahagiannya terpaksa dibawa balik sebab dah terlampau lewat malam.

Saya dan Aqif Aiman menghabiskan juadah.
Dari kiri: Solah, Aniq Akmal, Aqif Aiman, dan saya.
Acara menghabiskan juadah iftar yang sudah bertukar menjadi juadah moreh.
Alhamdulillah. Satu lagi program anjuran PIBG sekolah mendapat sambutan. Kerja kuat Encik Iqbal selaku YDP PIBG seharusnya saya jadikan contoh. Semoga beliau diberikan ganjaran yang besar daripada Allah Subhanahu Wa Ta`ala atas setiap jasa yang beliau berikan.

Tinta mencoret: Bila kita bermunajat sambil melihat kebesaran-Nya, tentu rasa kerdilnya kita akan meresap masuk ke dalam jiwa.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. Alhamdulillah, terpegun akak tgk solat tarawikh yg dilakukan begitu...tiba2 trkenang klate..begitulah setiap mlm sepjg bln ramadhan...solat brjemaah di tgh bandar dan stadium.....

    xmenahan tgk makanan tu...sedap2 semuanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah lama tidak bersolat seperti itu. Tentu seronok kalau di tempat sendiri melaksanakan solat seperti itu setiap hari.

      Yang makanan tu saya tak masukkan semua, sebab takut kesian orang yang baca. Hehehe... ^_^

      Delete