Pertanyaan Asif tersebut membuatkan saya melupakan beberapa masalah yang sedang saya fikirkan. Saya segera menelefon Asif seusai berbuka puasa untuk bertanyakan berkenaan dengan iftar tersebut.
Saya ada terbaca berkaitan iftar tersebut di Facebook, namun saya bagai acuh tak acuh sahaja kerana pihak yang menulis status tersebut melalui satu group alumni kepimpinan sekolah tidak tersenarai dalam senarai friends saya.
Hati sememangnya ingin menyertainya, tetapi saya terfikir, tidak ramai yang saya kenali.
Saya meminta kepada Asif untuk menelefon Ustazah Ummi, meminta keizinan untuk menyertai iftar tersebut.
"Abang Mie, Ustazah Ummi bagi amaran!"
"Amaran?" "Ustazah Ummi kata, Abang Mie kena datang."
Fobia betullah dengan perkataan amaran ni. Dulu, saya pernah diberi amaran oleh seseorang yang datang menyerang kereta saya. Mujur kereta saya terkunci dan tingkap tidak dibuka. Kalau tidak, mungkin 'masuk surat khabar'.
۞ ۞ ۞ REHLAH RAMADAN ۞ ۞ ۞
Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)
Aktiviti: Majlis Iftar dan Rehlah Ramadan
Tempat: Rumah Ustazah Ummi, Kampung Ginching
Sumber gambar: Kamera persendirian dan kamera Saudara Najib
Alhamdulillah, saya tiba di rumah Ustazah Ummi sekitar 6.50 petang. Penuh kereta dan motor yang diparkir berhampiran dengan rumah ustazah. Kelihatan adik-adik junior sedang bersama keluarga ustazah membaca Surah Yasin di ruang tamu. Sebahagian lagi berada di luar, ada yang sedang membakar ayam, ada juga yang sedang menyusun atur makanan. Saya membantu menyusun hidangan di luar sebab segan nak masuk ke dalam. Hehehe...
Majlis ini turut dihadiri oleh Cikgu Khairuddin Abas yang pernah menjadi penasihat kepada saya ketika memegang portfolio Unit Dakwah dan Kerohanian selaku ketua unit ketika di dalam Badan Pengawas Sekolah dahulu sebelum Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) ditubuhkan di sekolah sesudah saya melangkah kaki keluar.
Cikgu Khairuddin, yang juga YDP ABIM Selangor (kini) bersama Allahyarham Cikgu Mahadi antara pengasas MPP yang kini hanya tinggal nama selepas pentadbiran sekolah bertukar tangan.
Setiap batch berkumpul, bermula dengan batch 2005 sebagai 'peneroka' sehinggalah batch terakhir MPP yang diketuai Saudara Firdaus Asfari. Hanya saya seorang sahaja yang hadir mewakili batch 2005 walaupun MPP ditubuhkan pada 2006. Kiranya saya ni tukang menyebuk je...
Cikgu Khairuddin berpesan kepada kami semua agar mengekalkan ukhuwah dan meneruskan legasi kepimpinan dalam masyarakat.
Saya? Saya mungkin bukan seorang yang layak untuk memimpin. Namun, saya akan sentiasa berada bersama kepimpinan yang sentiasa memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik, insya-Allah.
Azam (berbaju Harimau Malaya), Muhaimin (berbaju dan kopiah hitam), dan Irfan (kanan sekali) sedang berBBQ. Yang kecil tu anak Ustazah Ummi. |
Bergambar sekejap sebelum solat Maghrib berjemaah. Dari kiri: Asif, saya, dan Syahmi. |
Suasana ketika menjamu selera selepas solat Maghrib. |
Mendengar sedikit tazkirah daripada Cikgu Khairuddin dan ucapan Ustazah Ummi seusai solat Tarawih berjemaah. |
Sesi bergambar beramai-ramai. |
Masing-masing nak bergambar dengan Ustazah Ummi dan Cikgu Khairuddin. |
Lensa candid. |
Antara juadah moreh. |
Bergambar dengan Asif dan Firdaus Yusuf. |
Dua sahabat karib, Asif dan Syukri. |
Ops...! Belum sedia. |
Bergambar sebelum balik. |
Rumah Ustazah Ummi. |
۞ ۞ ۞ KENANGAN MPP ۞ ۞ ۞
Saya bukanlah salah seorang daripada MPP yang pernah dilantik kerana ketika saya bersekolah di SAMBBST, MPP masih lagi belum ditubuhkan. Namun, saya pernah diberi kepercayaan untuk menabur bakti kepada MPP suatu ketika dahulu.
Antara kepercayaan yang diberikan adalah:
1. Logo Saf Qiyadah MPP
Pada asalnya, saya mereka logo ini hanyalah suka-suka sahaja, tetapi kemudiannya diambil dan digunakan sehinggalah generasi MPP yang terakhir di bawah pimpinan Saudara Firdaus Asfari. Tidak cantik, dan tidak kemas, jauh sekali jika dikatakan berinovasi, hanya menggunakan MS PowerPoint dan Paint sahaja.
Kalau tak silap saya, logo ini mula digunapakai bermula MPP 2007/08. |
3. Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam
Terima kasih atas setiap kepercayaan yang pernah diberikan kepada saya.
Dan yang terakhir, marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah buat pengasas MPP SAMBBST, Allahyarham Cikgu Mahadi Bassin dan exco MPP 2007, Allahyarhan Saudara Saiful Asyraf Saifuddin, semoga mereka berdua ditempat bersama-sama para Syuhada' dan Solihin.
Tinta mencoret: Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal selamanya, Ameen...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
alaaa.. nak join...
ReplyDeleteAla, sorry, lupa nak bagitau hari tu. Maklumat dapat last minute.
Delete