Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

03 August 2013

Ramadan 1434H: Day 24

Salam Ramadan 1434H.

Entry terdahulu: Rehlah Ramadan.
Saya dan Hariz Syahmi.

Semalam (Jumaat, 2 Ogos 2013) merupakan hari terakhir persekolahan sebelum murid-murid dan guru-guru bercuti raya selama dua minggu bermula hari ini.

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bersama-sama berganding bahu menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada murid-murid, juga kepada masyarakat setempat.


۞   ۞   ۞   BUBUR LAMBUK  ۞   ۞   ۞

Tarikh: 3 Ogos 2013 (Jumaat)
Aktiviti: Menyedia dan mengedar bubur lambuk
Tempat: SRA Bandar Seri Putra
Sumber gambar: Kamera persendirian dan kamera Ustaz Azhari

Bergotong-royong menyediakan bubur lambuk.
Ustazah-ustazah tekun di dalam...
Periuk yang saya jaga sekejap.
Suasana sekitar penyediaan bubur lambuk.
Guru praktikal yang suka benar ambil gambar untuk laporan praktikalnya.
Sekitar pengagihan bubur lambuk kepada murid-murid.

۞   ۞   ۞   IFTAR  ۞   ۞   ۞

Selepas selesai menghabiskan agihan bubur lambuk kepada murid-murid, saya bergegas ke Alamanda Putrajaya bersama Aniq Zainuddin, Solah, dan Hariz Syahmi untuk berbuka puasa di sana.

Tarikh: 3 Ogos 2013 (Jumaat)
Aktiviti: Berbuka puasa
Tempat: Pizza Hut Alamanda Putrajaya

'Anak-beranak' kot... Hehehe...
Solah dan Aniq.
Semasa menantikan masuk waktu berbuka, masing-masing sibuk dengan Facebook. Haish.
Antara juadah iftar kami.
Ingatkan nak makan ala kadar je, tapi last-last, saya yang kena perabihkan.
Diorang ni makan tak banyak sangat.

Ramadan tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Rasa sayu ingin meninggalkannya. Belum tentu Ramadan tahun hadapan akan kita ketemu. Semoga amalan ketika Ramadan yang terasa singkat ini diterima Allah dan diampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

Tinta mencoret: Ramadan di penghujungnya. Bagaimana hati kita...?

No comments:

Post a Comment