Entry sebelum ini:
Jangan dilupakan terus | Day 24 | Rehlah Ramadan | Day 10
Hehehe... Itu kata Asip. Semua orang nampaknya sudah tidak sabar-sabar untuk menyambut lebaran. Seperti yang saya coretkan sebelum ini, jangan jadikan persediaan hari raya sebagai penghalang untuk kita terus menghabiskan saki-baki Ramadan dengan amal ibadat.
Disebabkan masing-masing sudah terbayang keseronokkan berhari raya, marilah kita sama-sama buat revision apa yang seharusnya kita lakukan ketika berhari raya.
Pertama, MANDI sebelum keluar berhari raya. Tak kan nak pergi berhari raya dalam keadaan bau badan yang busuk? Sesudah mandi, jangan lupa untuk menunaikan solat fardu Subuh, wajib tu...!
Sejuknya...! |
"Ummi, susahlah nak pakai butang ni..." |
Setelah kaki melangkah keluar, jangan lupa untuk bertakbir sehinggalah didirikan solat sunat hari raya. Untuk pengetahuan kita bersama, waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah bermula setelah tenggelam matahari sehinggalah imam bersedia untuk memulakan solat sunat hari raya.
Disunatkan untuk kita berjalan kaki ke surau-masjid sebagai didikan kepada kita agar bertawadhu' selain memudahkan kita bertegur sapa dengan orang lain yang sama-sama menuju ke surau-masjid. Namun, tidak salah sekiranya kita berkenderaan.
Jangan lupa untuk ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua) kepada setiap orang yang kita jumpa. Kalau ucap "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin," pun tiada masalah. Cuma tak dapatlah ikut sunnah Nabi.
Jangan lupa untuk ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua) kepada setiap orang yang kita jumpa. Kalau ucap "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin," pun tiada masalah. Cuma tak dapatlah ikut sunnah Nabi.
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri jangan dilupakan. Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam mengarahkan semua orang termasuk wanita dan kanak-kanak untuk bersolat hari raya bersama-sama. Bagi wanita yang uzur pula diasingkan daripada jemaah solat. Rasulullah mengajar kita untuk meraikan hari raya bersama-sama, bukan hanya untuk dua tiga kerat manusia sahaja, bukan untuk kanak-kanak sahaja, dan sebagainya. Hari raya adalah satu hari yang meraikan kemenangan kita dalam mengalahkan kehendak nafsu dan mengutamakan setiap apa yang diperintahkan Allah.
Sebelum solat hari raya, JANGAN LUPA bayar zakat fitrah...!
Orang susah jangan dilupakan. |
Dan kalau boleh, ELAKKAN daripada menziarahi kubur. Jangan jadikan kubur itu destinasi wajib pada pagi lebaran. Ingat! Hari raya adalah hari kemenangan, bukan hari untuk bersedih-sedihan! Sekiranya kita menziarahi kubur, sudah tentu banyak kenangan-kenangan bersama si mati akan bermain di fikiran, dan seterusnya mengurangkan mood bergembira! Ziarah kubur merupakan tuntutan agar kita mengingati mati, namun sekiranya kita menziarahi kubur HANYA pada pagi lebaran, itu bukan untuk ingat mati!
Dan perlu ingatkan juga, jangan jadikan hari raya sebagai perosak kepada amalan kita sepanjang Ramadan. Hari raya bukan lesen untuk kita melupakan syariat agama kita. Solat fardu tetap wajib dilaksanakan. Ketika beramah mesra, jaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Elakkan daripada bersalaman dengan lelaki atau perempuan yang ajnabi walaupun dia sepupu kita! Juga elakkan daripada berhibur dan makan secara berlebih-lebihan. Sesungguhnya perkara-perkara sebegini mampu merosakkan ibadat yang kita usahakan selama sebulan sebelum itu.
Bersedia dengan ilmu agar sambutan Aidilfitri kita tahun ini tidak sia-sia.
Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, dan selamat berhari raya.
Tinta mencoret: Sudah bersediakah kita untuk keluar daripada Madrasah Ramadan?
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
hmm . . gud2 . p0st yg bermakna demi menjadi insan sempurna mengarap kasih NYA !
ReplyDeleteMudah-mudahan. Semoga kita menjadi manusia yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik setelah keluar daripada Madrasah Ramadan.
DeleteTaqabballallahhu minna waminkum :) Jazakallah khairan kathira. Minal ‘Aidin wal Faizin. Selamat Hari Raya Aidilfitri syahmi :) Terima kasih mengingatkan. Semoga Allah sentiasa memberkatimu sekeluarga. Miza mohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap.
ReplyDeleteمنا منكم تقبل يا كريم
DeleteSelamat hari raya juaga... ^_^