Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

19 August 2013

Zamirul Ikhmal

Muhammad Zamirul Ikhmal bin Mohd Zamri

Terkejut bila membaca satu status di group guru-guru di Facebook yang mengatakan seorang murid SRA Bandar Seri Putra dimasukkan ke dalam ICU di Hospital Ampang.
Jadual saya untuk beraya tengah hari semalam (Ahad, 18 Ogos 2013) saya anjakkan sedikit ke sebelah petang bagi memberi laluan untuk menziarahi Zamirul di hospital yang kebetulan berada lebih kurang 10 km daripada rumah saya.

Saya difahamkan oleh ayah Zamirul yang beliau pada mengalami kekurangan sel darah putih, ditambah pula jantungnya telah dijangkiti kuman. Kelmarin, jantung Zamirul terhenti menyebabkan beliau ditahan di ICU.

Ayah Zamirul merupakan seorang guru di sekolah menengah berhadapan dengan sekolah tempat saya mengajar kini.

Keadaan Zamirul ketika saya menziarahinya amat.......... Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya tidak henti-henti berdoa agar beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.

Keadaan Zamirul terngiang-ngiang dalam fikiran saya. Masa saya beraya di rumah Amirul Hakeem, murid merangkap kawan sedarjah Zamirul, keadaan Zamirul masih terbayang, sehinggakan saya mengajak Amirul untuk pergi menziarahinya Tapi tak tahulah budak-budak boleh masuk ICU ataupun tak, rasanya macam tak boleh.

Sebelum saya mahu berangkat keluar dari rumah Amirul, saya menerima panggilan daripada ibu Zamirul mengatakan bahawa Zamirul sudah tiada.

Tersentak, terdiam sekejap. Ustaz Solihin, Amirul, dan Farhan yang berada di hadapan saya turut terdiam. Mana tidaknya, baru sahaja saya bagitau mereka yang Zamirul masuk ICU, minta mereka mendoakan keadaannya, tiba-tiba dia 'pergi'...

إِنَّـا للهِ وَإِنَّـا إِلَـيْهِ رَاجِعُـونَ

Allah lebih sayang dia daripada kita menyayanginya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau al-Ikhlas selepas Maghrib dan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra.

Pengebumian Allahyarham. Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan perkuburan.
Saya tersentak dengan isi talqin yang dibacakan imam:
Sedangkan yang muda tidak terlepas daripada Qadha' dan Qadar Allah, apatah lagi kita.

Begitu banyak dosa kita berbanding dengan Allahyarham. Tempat Allahyarham pastinya di syurga, menantikan kedua ibu bapanya. Kita...? Walau serban sebesar bakul sekalipun, kita belum lagi dijamin dengan syurga...!

Gerimis membasahi tanah seolah-olah menangisi pemergian arwah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah buat Allahyarham.

Dalam kenangan
Allahyarham Muhammad Zamirul Ikhmal bin Mohd Zamri
10 Januari 2003 - 18 Ogos 2013
Murid 4 Ibnu Sina (10 tahun)

Tinta berdakwat: Peringatan buat kita yang lebih berusia bahawa mati itu tidak mengenal tua-muda.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

6 comments:

  1. al-fatihah..

    peringatan utk kita yg masih hidup..
    sedangkan buah kelapa yg muda pn boleh gugur..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah, semoga keluarga arwah tabah lalui ujian ini..yg pasti syurga milik arwah......

    salah seorg anak murid akak juga meninggaL raya ke 4 akibat kemalangan...al-fatihah,.

    ReplyDelete
  3. Allahhuakbar, sungguh muda budak ni pergi meninggalkan kita. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sabarlah ibu dan ayah, adik menanti ayah dan ibu di syurga. Subhanallah :')

    ReplyDelete