Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

08 September 2013

Aidilfitri Di Sekolah '13

Saya, Solah, dan Naufal.
Sambutan Aidilfitri di sekolah diadakan sebanyak empat kali.

"Wow, banyaknya. Mesti kau dah jadi gemuk, kan?"
"Pergh! Badan aku masih maintain slim lagi le..."

Jom layan gambar-gambar. Mood menaip masih lagi ke laut...

۞   ۞    ۞   AIDILFITRI DI SRABSP   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Sambutan Aidilfitri Sesi Pagi
Tarikh: 29 Ogos 2013 (Khamis)
Tempat: SRA Bandar Seri Putra, Bangi
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Pagi tu saya lambat tiba di sekolah walaupun GPK1, Ustaz Azhari mengarahkan saya untuk berada di sekolah seawal pagi. Maklumlah, jurufoto tidak rasmi sekolah. Bukan sengaja lewat, cuma sangkut di MRR2.

Bila sampai ke sekolah, masa dah tinggal 30 minit je. Apa yang ada je la dapat rasa. Yang lain semua dah habis.
Bergambar bersama Ustazah Lily Zahrah dan murid-murid kelas 3 Ibnu Sina.
Murid-murid 3 Ibnu Sina.
Dari kiri belakang: Aisy 'Afif, tak tahu nama (baju putih), saya, dan Furqan.
Depan dari kiri: Adik Nazim, Awang Safrizal, dan Farkhan (peserta Khat).
Lagi...
Lagi bergambar dengan murid 3 Ibnu Sina.
Kali ni di luar pula. Semua nak join.
Cantik pula gambar ni. Budak mana pula yang ambil...?
Sambutan bagi sesi pagi diadakan secara kelas terbuka, setiap kelas membuat jamuan tersendiri. Terpulang kepada guru-guru dan murid-murid untuk pergi ke mana-mana kelas untuk menjamu selera. Tapi, kelas sendiri tak boleh dibiarkan begitu saja...

Aktiviti: Sambutan Aidilfitri (guru-guru)
Tarikh: 29 Ogos 2013 (Khamis)
Tempat: SRA Bandar Seri Putra, Bangi
Masa: 11.00 pagi hingga 2.00 petang

Lepas selesai berjamuan raya pagi tu, guru-guru dijemput ke bilik mesyuarat untuk berjamuan lagi. Katanya, jamuan di bilik mesyuarat disediakan oleh guru-guru praktikal yang cantik. Apa-apa pun, alhamdulillah, kami kenyang, cuma saya tak gemuk je.
Saya bersama Ustaz Syafiq, Ustaz Azhari, Wak Kahar
dan Abang Kantin (tetiba saya terlupa pula namanya...).
Saya, Ustaz Sabar, dan Ustaz Iqbal.
Saya, Ustaz Sabar, Ustaz Iqbal, Ustaz Hafiz Tasim, dan Ustaz Salihin.
Testing kamera jap...
Amin dah kepenatan...
Guru-guru praktikal yang kepenatan menyediakan juadah untuk para guru.
Suasana di bilik mesyuarat.
Gelagat guru sepanjang jamuan.
Tengok apa tu...?
Saje nak snap gambar kamera ni.
Lepas habis makan-makan di bilik mesyuarat, saya bergegas ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang untuk menghadiri sambutan raya di sana. Tunjuk muka je, juga sebagai wakil sekolah sebab saya seorang je yang pergi kot, guru lain tak nampak pun.
Ketika di Jamuan Aidilfitri anjuran PAID Sepang. Gambar ni diambil oleh Syazwan, junior saya ketika sekolah menengah dulu. Kebetulan jumpa dia kat PAID Sepang. Lama juga tak jumpa sejak dia keluar sekolah dulu...
Aktiviti: Sambutan Aidilfitri Sesi Petang
Tarikh: 29 Ogos 2013 (Khamis)
Tempat: D'Anjung Selera, SRA Bandar Seri Putra, Bangi
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Jurufoto: Hariz Syahmi dan Solah

Petang pula, sambutan untuk sesi petang. Yang ni dibuat di kantin sekolah atau nama glamournya D'Anjung Selera.
Menjamu selera...
Saya dan Darwisy Sarhan. Mendapat gelaran budak ghaib, satu gelaran yang membuatkan dia menjadi seorang murid yang mendapat perhatian di dalam kelasnya, 4 Ibnu Bathutah selain Shafiq dan Irdina.
Berkumpul di surau selepas menjamu selera.
Dari kiri: Danish Irfan, Muhammad Aqil, dan Irfan Hakimi.
Gelagat sepanjang bermain permainan "Simon says...".
Akhirnya kelas 4 Ibnu Sina yang menang.
Saya dan Iman Danish. Suka benar Iman bergambar dengan saya.
Bergambar dengan sebahagian 'adik-adik' saya di 4 Ibnu Khaldun.
Belakang dari kiri: Adam Hakim (4IB), Putra Naqiuddin (4IR), Irfan Hakimi (4IR), dan Aqil (4IS).
Tengah dari kiri: Shafiq (4IB), Ashryl Haqiem (4AR), Fadhil Rais, Iman Danish, Megat Izz, Rizal, dan Danial Arif.
Duduk dari kiri: Aqil Ilham, Ammar Muaz (4AR), Abie Aifa, dan Amirul Hakim (4AR)
Biasalah. Lepas ambil gambar secara formal, kami akan buat gaya bebas. Memang betul-betul bebas diorang ni. Yang lain pun join sama.
Saya, Solah, dan Naufal. Ni gambar tak berapa jadi.
Tiga gambar ini memberi 1001 makna yang tersendiri. Biarlah ia tersemat di ingatan kami...
Gambar terakhir sebelum balik...
Aktiviti: Sarapan Aidilfitri
Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat: D'Anjung Selera, SRA Bandar Seri Putra, Bangi
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Jurufoto: Saya, Apis, Iman, dan Hariz Syahmi

Majlis Sarapan Aidilfitri ini antara program wajib Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap tahun. Mungkin kerana diadakan pada Hari Merdeka, maka sambutan nampak semacam tidak menggalakkan.
Saya dan Amirul Hafiz. Saya panggil dia Apis. Time ni saya belum bersiap lagi...
Saya bersama Huzaifah dan Salman. Mereka ni antara pelajar cemerlang PSRA 2012.
Saya dan 'kembar' saya di sekolah merangkap anak buah jauh...
Sempat lagi buat kelas tambahan time orang lain beraya.
Saya dan Aiman Hazim.
Barisan guru dan AJK PIBG bergambar bersama selepas majlis.
Macam biasa, free style.
Tinta mencoret: Alhamdulillah. Ada yang berjaya 'menaikkan' berat badan selepas sebulan menjadi 'kurus'...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment