Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 September 2013

Cuba Mengemaskini

Maaf, sejak kebelakangan ini, mood untuk mengemaskini blog ini sudah ke laut. Saya kini lebih gemar untuk menerjah blog orang lain berbanding mengemaskini blog sendiri. Antara blog yang saya suka baca adalah blog Kak NZA dan Pakcik Lavendari.

Antara penyebab utama saya jarang kemaskini adalah kerana saya kini lebih banyak online menggunakan telefon saya berbanding menggunakan komputer ataupun komputer riba.

Bukan apa, bila kerja dah bertimbun, nak on komputer tu rasa macam dah malas. Kan lebih mudah melayari internet guna telefon je.

Dan, saya pula suka menaip panjang berjela-jela bila nak post entry terbaru, atau paling kurangpun meletakkan banyak gambar dalam satu-satu entry baru supaya entry saya nampak panjang. Kebiasaannya saya mengambil masa antara dua hingga empat jam untuk mengemaskini blog. Itu yang membuatkan saya rasa macam malas je nak jengah blog sendiri.

Kekangan masa menyebabkan saya selalu membatalkan hasrat untuk membuat entry baru. Jadi, bermula dari saat ini, kalau saya berkesempatan untuk membuat entry baru, saya akan cuba walaupun melalui telefon saya. Ini adalah percubaan kedua saya membuat entry selepas percubaan pertama saya pada Januari lepas melalui GalaxyTab saya.

Doakan saya agar tidak hangat-hangat tahi ayam dalam berblogging ye...!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment