Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

19 January 2013

Wan Aqif Aiman

Kali terakhir saya terserempak dengannya adalah pada hari Isnin lepas di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Saya yang ketika itu datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan terserempak dengannya yang sama-sama menerima rawatan daripada doktor.

Saya tidak menegurnya, apatah lagi mahu berborak dengannya. Kepala sudah pusing, tidak terlintas untuk menyapanya.

Namun, sejak dari itu, saya langsung tidak nampak kelibatnya di sekolah. Disebabkan banyak tugasan yang perlu disiapkan, saya terlupa untuk mencarinya untuk bertanyakan berkenaan keadaannya.

Sehinggalah semalam, saya terbaca mesej dari seorang anak murid saya, Adriana yang memberitahu tentang perihalnya. Terus saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian.

"Siapa orangnya? Dari tadi tak sebut pun namannya."

Wan Aqif Aiman
Wan Muhammad Aiman Aqif, antara murid 'kesayangan' saya dalam kelas 4 Ibnu Sina tahun 2011.

Aqif disahkan retak tulang kaki akibat disepak ketika bermain bola pada petang Sabtu minggu lepas (12 Januari 2013). Pada mulanya Aqif menyangka hanya sakit-sakit biasa sahaja sehinggalah tengah hari Isnin lepas, mungkin terasa  makin sakit.

Hari ini, saya menziarahinya di rumah di Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota.

Nampaknya Wan Aqif malu-malu kucing walaupun berada di rumahnya sendiri. Sama macam Iqbal masa saya melawatnya tahun lepas.

Segan gambar kakinya diambil.
Hehehe. Saya pun nak juga bergambar.
Semoga Allah menyembuhkanmu.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu.

Tinta mencoret: Sakit itu sebagai kaffarah. Bersabarlah.

Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE

4 comments:

  1. Bagus nya Ustad,,,siap buat lawatan aka ziarah lagik......Ustad kesayagan ni.....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai peransang kepada dia agar kuat tika berhadapan dengan musibah.

      Delete
  2. Bertuah Aqif n pihak sk mendapat seorg guru yg begitu perihtin..Syabas syahmi...teruskan usha murni syahmi...Allah akn membalas segala keikhlsan......

    p/s: agaknya akak pn mcm aqif, malu2 + gembira bila cikgu dtg ziarah ke rumah......hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab sesama Muslim. Kalau ada yang sakit, kita ziarah. Mudah-mudahan dapat mengurangkan kedukaan mereka.

      Delete