Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 January 2013

Surat Daripada PM

Kelmarin (11 Januari 2013, Jumaat), selepas menyelesaikan kerja dan mengajar anak murid mengaji, saya mengetik kad perakam waktu (punch cardlah) sebelum pulang ke rumah. Kebiasaannya pada setiap hari Jumaat, jalan yang saya lalu untuk pulang ke rumah lebih sesak berbanding hari biasa. Akan lebih sesak sekiranya hari Jumaat tersebut bersambungan dengan cuti am atau sebarang perayaan.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk melalui plaza tol Mines Selatan, yang mana kebiasaannya saya melalui South City Plaza kerana mengelak daripada membayar tol RM 1.30. Hehehe...

Bila saya masuk ke MRR2 melalui susur masuk TBS, jalan sudah mula sangkut. Sudah menjadi kelaziman MRR2 sesak dengan kenderaan. Cumanya, kesesakkan ini dua kali ganda berbanding kebiasaan.

Sabar ajelah...

Sepanjang perjalanan, terdapat dua kemalangan dan dua kenderaan rosak yang mana ia juga 'membantu' menyesakkan lagi jalan yang sedia sesak.

Ada yang kata, kesesakkan ini berpunca daripada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan pada keesokkan harinya (Sabtu, 12 Januari 2013). Wallahu 'alam. No comment about it.

Setibanya di rumah, saya tengok ada surat yang sampai untuk saya. Kebiasaannya surat yang sampai ke rumah adalah surat bil Celcom. Kalau bukan surat bil, tentunya surat dari takaful atau surat tuntut hutang. Hutang lambat sikit bayar je, dah hantar surat bagai.

Hati berdebar-debar. Sebab saya yakin, ini bukan dari Celcom sebab surat bil Celcom akan sampai selepas 20 haribulan setiap bulan.

Rupa-rupanya, surat dari orang terkenal.

Perdana Menteri bagi surat 'cinta'. Kau jealous la tuh...
Terharunya...!

Isi surat tersebut tak lain dan tak bukan adalah untuk meraih undi. Maklumlah, bila-bila masa sahaja pilihanraya akan diadakan.

Saya seorang je yang dapat. Mak, abah, dan orang lain yang duduk dalam rumah ni takde pula yang dapat. Pelik bin ajaib. Adakah saya sememangnya anak 'emas' Dato' Seri Najib? Atau mungkin mereka mahu mengambil hati saya sebab saya pengundi baru? Atau.........

۞   ۞   ۞   KEBENCIAN  ۞   ۞   ۞

Saya kurang gemar berpolitik kerana politik di negara kita tidak seperti di negara maju. Kita banyak bermainkan sentimen yang mana ia langsung tidak menguntungkan negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Sepatutnya, politik yang terbaik adalah politik yang dasar dan hala tuju negara, bukan politik berteraskan kebencian.

Kan lebih elok dijadikan sahaja Malaysia sebagai sebuah negara monarki mutlak, diperintah oleh raja-raja sedia ada. Ataupun dijadikan negara komunis, yang mana seseorang pun tidak boleh bercanggah pendapat dengan pemerintah. Atau mungkin juga boleh negara kita dijadikan sebagai sebuah negara autokrasi, diperintah seorang pemimpin yang memiliki kekuasaan tanpa had.

Semua orang berhak untuk bersuara dalam sesebuah negara demokrasi.

۞   ۞   ۞   DASAR  ۞   ۞   ۞

Dasar-dasar yang mereka bentangkan itu seharusnya memberi manfaat yang besar kepada rakyat secara adil. Bagaimana harus kita menyokong mereka yang menggubal dasar ini sekiranya apa yang mereka laksanakan itu tidak masuk akal?

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) misalnya, bertujuan untuk menawarkan barangan runcit yang murah kepada rakyat. Tahukah mereka apakah faktor yang mendorong kepada kenaikan harga barang? Kan lebih elok diatasi faktor-faktor tersebut daripada membuka KR1M.

Rebet telefon pintar kepada belia, untuk apa?

Pemandu teksi yang terpaksa membayar sewa kepada syarikat teksi setiap bulan, seharusnya diberikan permit teksi individu, bukan bantuan tayar TR1Ma.

Apa yang kerajaan dapat dengan KR1M?
Apa yang kerajaan dapat dengan rebat telefon pintar?
Apa yang kerajaan dapat dengan TR1Ma?
Apa yang kerajaan dapat dengan BR1M dan segala perkara lain yang dilaksanakannya?

Beberapa perkara yang diperkenalkan kerajaan hanya memberikan keuntungan jangka pendek sedangkan kerajaan terpaksa membuat belanjawan yang penuh dengan defisit, penuh dengan HUTANG.

Sepatutnya pihak kerajaan memikirkan untuk melaksanakan setiap perkara tanpa meningkatkan kadar defisit. Setiap rancangan yang dilaksanakan hendaklah berimbang dengan dapatan yang diterima semula. Dengan ini kerajaan dapat mengelakkan daripada berbelanja di luar kemampuan, sekaligus mampu untuk mengurangkan kadar defisit yang kini mencecah RM 456.1 bilion. Bukan juta tetapi BILION.

Mereka masih boleh membetulkan keadaan sekiranya masih dipilih pengundi pada pilihanraya umum nanti. Sekiranya tidak, bermuhasabahlah.

Mengkritik bukan bermaksud membenci. Bersetuju bukan bermaksud sayang. Semuanya hanya demi negara Malaysia yang tercinta. Saya hanya mengundi yang terbaik mengikut apa yang saya perhati.

                           "Kau tak suka, pergi keluarlah dari Malaysia...!!!"
"Ini negara DEMOKRASI.
Suka hati aku la apa yang aku nak cakap."            

Anwar 'pengkhianat' negara.
Sebabnya, dia lawan, dia bangkang tindakan Najib.
Adoyai...
Tinta mencoret: Bebaskan politik Malaysia daripada politik kebencian dan perkauman.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments:

  1. Yang pastinya akak kena byr cukai berganda2 utk menampung semua benda alah tu...bygkan utk kami suami isteri trpaksa membayar hampir RM800 SEBULAN!!!!!!hish!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM800 sebulan...? Banyak tu...

      Sabar je lah. Moga-moga 'akan datang' nanti akan lebih bagus berbanding sekarang.

      Delete
  2. hai.. selamat bercinta dgn Pak Najib.. Jeles rosmah tau...

    ReplyDelete