Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 January 2013

Aktiviti Cuti Maulidur Rasul 1434H.

Salam Maulidur Rasul 1434H.

Hari terakhir sebelum bercuti sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam.
Seronok bila lensa dihalakan ke arah mereka.
Dari kiri: Irfan Hakimi (ketua kelas 4 Ibnu Khaldun), Ahmad Shafiq, dan Ashryl Haqiem.
Esok adalah hari pertama sekolah selepas bercuti selama 5 hari berturut-turut bermula 24 Januari 2013 (Khamis).

"Cuti apa sampai lima hari?"

Khamis adalah cuti Maulidur Rasul. Jumaat pula adalah cuti tambahan yang ditetapkan pihak sekolah sempena Maulidur Rasul. Hari ini pula cuti Thaipusam yang jatuh pada hari semalam.

Sebelum cuti, saya meninggalkan sedikit kerja sekolah kepada murid-murid agar cuti mereka diisi sebaik mungkin dengan menyiapkan kerja tersebut, tidak hanya penuh masa mereka dengan bermain.

Tapi, saya yang tak beberapa seronok dengan cuti yang agak panjang.

Walaupun begitu, saya tetap cuba untuk memenuhkan cuti lima hari ini agar tidak bosan.

Pada pagi hari pertama cuti, saya dibawa berjumpa keluarga kepada.........

"Keluarga siapa?"
"Lain kalilah cerita. Tak perlulah bagitahu"
"Suka sangat berahsia."

Lepas itu, saya terus ke sekolah, menyiapkan beberapa kerja yang masih tertunggak. Bila dah jemu buat kerja, petang tu saya terus call Nasrul dan Luqman, ajak pusing-pusing satu Malaya. Hehehe...

Isi perut yang berkeroncong. Lama tak makan Burger King.
Nasrul dah sama tinggi dengan saya? Cepat betul.
Dulu, takde la tinggi macam ni.
Tengah hari Jumaat (25 Januari 2013), saya dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada Ustazah Nora, salah seorang tenaga pengajar di SRA Bandar Seri Putra. Berita pilu ini disampaikan sendiri oleh Ustaz Amri, Guru Besar.

Takziah diucapkan buat Ustazah Nora sekeluarga. Semoga tabah atas pemergian insan yang disayangi.

Ustaz Hanif dan Ustazah Atiqah selamat diijab kabulkan pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 di Bandar Seri Putra dengan sekali lafaz sahaja. Maaf, saya lambat hadir ke majlis kerana beberapa masalah.

Walau bagaimanapun, tahniah atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Pasangan mempelai menjamu selera bersama keluarga.
Bergambar kejap.
Dari kiri hadapan secara pusingan jam: Ustazah Najihah, Ustazah Azira, Ustazah Yasmin, adik Ustazah Azira (tak nampak), Ustaz Hafeez, saya, Ustaz Rijal, gadis tudung hijau yang tidak dikenali, dan Ustazah Hafizah.
Ini semua geng SRA Bandar Seri Putra.
Bergambar bersama pengantin.
Saya ditemani oleh Wan Aqif Aiman ke majlis kenduri Ustaz Hanif dan Ustazah Atiqah. Selepas balik dari kenduri tersebut, saya membawanya bersiar-siar ke Alamanda dan Berjaya Times Square. Pada asalnya, saya mahu menukar jadual untuk bertemu dengan Abang Jocko pada tengah hari itu untuk urusan investment, namun beliau pula yang tidak berkelapangan.

Berpusing-pusinglah saya tanpa hala tuju bersama Wan Aqif Aiman.

Alamanda, Putrajaya.
Berangan nak beli set kereta api mainan.
Dulu-dulu mana mampu nak beli.
Alas perut dengan Famous Amos.
Wan Aqif Aiman kata coklat chip yang saya pilih tu tak sedap.
Tapi saya suka.
Benar-benar menikmati Goblok...
"Ustaz, gomblok tu maksudnya bodoh la..." Saya tau, saje je.
Ops, salah cucuk. Sorry. Jangan fikir jahat tau.
Ini pegawai pemantau trafik ibu kota. Hehehe...
Bila sudah puas berjalan sampai ke petang, wajah Wan Aqif Aiman sugul. Bila ditanya, rupa-rupanya dia tak mahu balik lagi. Tak pelah, lain kali kita boleh jalan-jalan lagi.

Baki 2 hari, cuma keluar rumah untuk beli beberapa barang keperluan harian dan aksesori kereta je. Memang tak ambil gambar.

Dan esok sudah mula bekerja. Harap mood bekerja akan hadir setelah terbang dihalau mood jalan-jalan.

Tinta mencoret: Sebelum bercuti, rasa macam nak kerja. Bila cuti dah nak habis, rasa macam tak mau bekerja. Haish...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

8 comments:

  1. Salam ustaz, cantik gambar, ustaz guna kamera fon lg ke, mcm bukan je..... hheheh... salam maulidur rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tak, guna kamera Samsung.

      Salam Maulidur Rasul juga. ^_^

      Delete
  2. Waahhhh....Ustad...suka jalan2 jugak erk....lamo den tak poei Alamanda.....kalau pi pun...pi kedai buku tu jerk.....yg lain2 tu rasanya...mahai2 lah....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jalan-jalan je... Kalau nak beli barang, lebih baik beli kat Nilai 3, murah sikit.

      Delete
  3. Assalamualaikum Syahmi

    murid2 tu seronok bila cikgu tersayang mereka ambil gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam.

      Ceria mereka membuatkan lebih bersemangat untuk mengajar mereka.

      Delete
  4. bestnya dapat ustaz mcm syahmi nie...mesti jadi kesayangan anak2 didik...Syabas.

    Wah lamanya cuti...akak xsabar nk tunggu cuti CNY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je. Budak-budak suka berjalan, tu yang saya bawa berjalan...

      Delete