Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

18 January 2013

Memilih

Menjadi seorang yang memberikan kata putus sememangnya sukar.

Secara peribadi, saya tidak suka untuk membuat sebarang keputusan dalam perkara-perkara yang besar.

Namun, sebagai seorang lelaki, juga sebagai seorang yang mengetuai beberapa unit kecil, juga sebagai seorang warganegara Malaysia, saya terpaksa juga untuk membuat keputusan.

Sebagai seorang lelaki, saya terpaksa membuat beberapa keputusan besar, yang akan mencorakkan kehidupan pada masa mendatang.

Sebagai seorang ketua dalam sesebuah unit, saya dikehendaki memilih daripada banyak cadangan dan pandangan dan kemudiannya melaksanakan keputusan tersebut.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya diberi hak untuk mengundi, untuk melantik wakil kepada suara kita untuk dilaungkan dalam 'dewan yang mulia'.


Kadang-kadang, pilihan yang ada itu bagaikan ditelan mati mak, diluah mati bapa, kedua-duanya memberikan kesan yang tidak memuaskan, boleh jadi lebih buruk.

Islam itu indah. Islam mengajar umatnya untuk beristikharah sekiranya kita berhadapan dengan beberapa pilihan yang sukar untuk dipilih.

Insya-Allah, keputusan yang dicapai hasil daripada tindakan kita itu adalah yang terbaik untuk kita walaupun secara pandangan kasar, keputusan itu tidak menguntungkan.

Keputusan tersebut adalah subjektif. Kita tidak boleh menilai setiap pilihan tersebut secara teori semata-mata.
Lihat, bagaimana Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam memilih untuk memadamkan 'pangkat' Rasulullah dalam catatan Perjanjian Hudaibiyyah demi untuk mendapatkan keamanan sejagat. Arahan baginda tidak dipersetujui oleh pencatat perjanjian tersebut, iaitu Sayyidina Ali Karamallahu wajhah, dan enggan untuk memadamkan kalimah "Rasulullah". Kalimah itu kemudiannya dipadam sendiri baginda Nabi Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Secara kasarnya, kita pastinya tidak bersetuju dengan keputusan Rasulullah, namun keputusan itu sebenarnya memberikan banyak kebaikan pada kemudiannya.

Beristikharah untuk memilih dan membuat keputusan adalah langkah yang terbaik. Selepas memilih pilihan atau membuat sebarang keputusan, redha dan serahlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta`ala atas pilihan tersebut. Sesunggahnya, sebaik-baik pembuat keputusan adalah Allag Subhanahu Wa Ta`ala.

Bersangka baiklah dengan Allah. Sesungguhnya, pilihan-Nya adalah pilihan yang terbaik berbanding keputusan kita sebagai manusia yang dikelilingi nafsu dan kelemahan.

Wallahu Ta`ala A'la A'lam.

Tinta mencoret: Semoga setiap pilihan kita dipandu hidayah-Nya.

Kolej Kediaman UiTM Punchak Perdana SDE

2 comments:

  1. InsyaAllah, kita berhak membuat pilihan n hanya kita yg tahu kenapa dan mengapa.....biarlah ianya menjadi rahsia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Biarlah kita seorang sahaja yang tahu kenapa dan mengapa.

      Tapi kekadang ada juga yang mempersoalkan keputusan kita. Haish...

      Delete