Entry kali ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ia bukanlah PENDIRIAN pihak sekolah dan jabatan yang berkaitan. Tolong jangan kaitan dengan mana-mana institusi yang dinyatakan. Untuk mendapatkan MALUMAT RASMI, sila rujuk terus ke pihak pentadbiran sekolah untuk maklumat yang lengkap bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Harap maklum.
Kebiasaannya, para guru pasti tidak menang tangan menguruskan banyak perkara dalam dua tiga minggu pertama persekolahan.
Pening-pening! 999, minta bantuan...! |
Walau bagaimanapun, saya selaku guru sekolah rendah agama milik kerajaan negeri tidak terlalu dibebankan dengan tugas yang terlalu banyak sebagaimana yang diterima guru-guru kementerian.
Dan, tahun ini juga, banyak dasar dan perkara yang mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran sekolah. Alhamdulillah, tahun ini mereka lebih tegas berhadapan dengan karenah pihak luar yang selalunya tidak menguntungkan pihak sekolah.
Dan kebanyakkan daripada perkara itu sebenarnya bukanlah menjadi masalah kepada pihak berkaitan untuk melaksanakannya. Namun, MUNGKIN dek kerana melihat pendidikan agama sebagai pendidikan kelas kedua, mereka memandang kami dengan pandangan sebelah mata.
Baru hari keempat, pihak sekolah dihujani dengan panggilan daripada pihak ibu bapa yang meminta penjelasan berkaitan buku teks. Untuk makluman, stok buku teks yang terdapat dalam simpanan sekolah tidak mencukupi bagi menampung jumlah murid yang kini mencecah hampir 1,800 orang.
Masalah bertambah rumit apabila buku teks yang digunakan oleh semua sekolah rendah agama negeri di Selangor tidak dijual di mana-mana kedai buku di luar. Setakat ini, saya masih belum jumpa lagi mana-mana kedai buku yang menjualnya.
Apabila pihak sekolah membuat keputusan untuk memberikan buku teks kepada mereka yang sudah melangsaikan yuran persekolahan bagi sesi 2012 dan yuran tahun ini, masing-masing kelam-kabut membuat pembayaran.
Sejak hari pertama, saya sudah maklumkan kepada murid-murid bahawa bilangan buku teks tidak mencukupi dan hanya akan diberikan kepada murid-murid yang sudah melangsaikan yuran persekolahan, terutamanya yuran tahun lepas. Alhamdulillah, semua murid saya sudah menyelesaikan yuran tahun lepas. Jadi, keutamaan akan diberikan kepada murid yang membayar yuran persekolahan tahun ini.
Senarai murid yang belum membayar yuran persekolahan sudah dikeluarkan pihak sekolah dan ditampal pada setiap pintu kelas. Seharusnya ibu bapa yang datang membayar yuran pada minggu lepas peka dengan catatan tersebut. Sekiranya anak-anak mereka dicatatkan mempunyai tunggakan yuran sedangkan mereka sudah menyelesaikannya, mereka seharusnya segera berhubung dengan pihak sekolah untuk membuat pengesahan.
Ada juga ibu bapa yang berhubung dengan saya untuk membuat pembetulan terhadap catatan tersebut walaupun anak mereka bukan berada di dalam kelas jagaan saya. Tidak kisahlah. Saya tetap membantu sekiranya terdapat kekhilafan dalam data yang dikeluarkan.
Masalah ketidak-cukupan bekalan buku teks sememangnya kritikal. Ada juga parents yang mengadu anaknya tidak mendapat pinjaman sedangkan sudah membuat pembayaran yuran.
Pihak pentadbiran sekolah sudah membawa perkara ini ke pihak jabatan berkaitan untuk tindakan susulan, namun masalah ini masih membelenggu. Pihak berkaitan hanya menghantar sebahagian kecil daripada jumlah buku yang dimohon. Namun, buku teks bagi pelajaran Tajwid, pelajaran yang saya ajar, selain buku Hafazan tidak dibekalkan.
Mungkin mereka (pihak yang berkaitan) mengutamakan sekolah yang berada di kampung-kampung, yang mana taraf kehidupan mereka lebih rendah berbanding sekolah kami yang rata-ratanya berkedudukan tinggi dan sederhana tinggi.
Dan, ada juga parents yang masih tidak berpuas hati dengan masalah yang berlaku mengadukan perkara ini ke jabatan tanpa berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah.
Saya lagi suka bila ada orang adu terus ke pihak atasan. Sebabnya, mereka akan turun padang untuk melihat permasalahan ini, sekaligus cuba untuk menyelesaikan masalah yang sememangnya mengganggu proses pembelajaran yang selama ini memang terganggu.
Saya sendiri sudah masuk tahun ketiga, tidak dibekalkan dengan buku teks Tajwid sebagai rujukan kerana kekurangan stok dalam simpanan sekolah. Juga murid saya, pastinya ada yang tidak memiliki buku teks Tajwid kerana tidak menerimanya.
Terima kasih kepada mereka yang mengadu terus kepada pihak jabatan kerana tindakan mereka ini membuka mata pihak berkaitan untuk melihat sekaligus membantu kami menyelesaikan masalah yang melanda sejak 2011.
Ustaz Rijal menguruskan proses pemulangan buku teks, tahun lepas. |
Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam masalah ini. Cuma saya tertanya-tanya, kenapa banyak pihak yang mengambil tindakan tanpa bersemuka dengan pihak yang sudah sedia serabut berhadapan dengan masalah ini? Bukankah molek sekiranya semua pihak yang bersangkut-paut duduk semeja, berbincang menyelesaikannya secara bersama dan bertindak mengikut saluran PIBG. Pihak jabatan mungkin akan lebih tersentak dengan masalah yang timbul.
Untuk makluman, PIBG sekolah begitu aktif. Saya seronok dapat sekolah yang PIBGnya aktif.
Terima kasih kepada ibu, bapa, atau penjaga yang mengambil berat terhadap pendidikan agama anak-anak mereka. Saya secara peribadi akan cuba untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka mengikut kemampuan saya. Semoga setiap tindakan yang disebabkan keprihatan mereka dalam pendidikan agama ini dibalas Allah Subhanahu Wa Ta`ala dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Ini semua adalah pandangan peribadi saya.
Tinta mencoret: Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada masalah yang berlaku.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Semoga masalahnya tidak berpanjangan.. susah nak catch up kalau tak da buku..
ReplyDeleteSemoga segera selesai masalah yang sudah masuk tahun ketiga.
DeleteMemang mengajar dah tak guna buku teks sangat...
pelbagai masalah yang cikgu hadapi yg tidak difahami pihak lain...
ReplyDeleteBagi sk agama Johor, hnya murid yg layak (berdasarkan pendptan kluarga) saja yg akan menerima buku teks...Anak2 akak perlu beli sendiri buku teks sejak anak pertama hingga ke 5..lagi pn buku2 teks tu boleh dibeli melalui sekolah...kiranya ia memudahkan tugas ibu bapa...bila anak2 dh habis belajar, buku2 tu kami dermakan ke sekolah utk diberi pd murid2 yg memerlukan.....
Apapun, walaupun seberat mana beban tugas seorang guru, InsyaAllah ianya dapat diselesaikan....
Insya-Allah, semoga ia dapat diselesaikan.
DeleteKalaulah kaedah yang digunapakai di Johor boleh dipanjangkan kepada pihak berkaitan, mungkin lebih bagus.
erm.. klo buat mcm skim pinjaman buku teks pun ok jgak.. tidaklah terbeban ibubapa nk beli buku setiap tahun.. tpi dari satu sudut yg lain plak, rasanya lebih elok beli sendiri sbb ilmu2 agama dalam buku tu boleh dijadikan rujukan... bkan setakat blajar dalam kelas sahaja..
ReplyDeleteSememangnya dibuat skim pinjaman buku teks (SPBT).
DeleteCumanya bila pengurusannya kurang cantik, atau mungkin kekurangan dana, perjalanannya menjadi caca-marba.
Di sini, ibu bapa tiada masalah jika diminta untuk membeli buku. Yang jadi masalahnya, buku tersebut tidak dijual di mana-mana kedai buku.
Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik, semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteMudah-mudahan. Amin.
DeleteAdehhhh....mcm ni ustad...dah clear ke masalah ni semua....?...
ReplyDeleteBelum lagi. Menunggu bekalan buku dari pihak jabatan berkaitan.
Deletesetakat ni dah 3 org anak kak liza kat SRA BSP. tak pernah lagi call tanya/komplen.. maklum dah kepayahan bagi sekolah2 yg baru. sekarang tinggal sorang je yg darjah 5,. tapi tahun ni kak liza pindahkan dia ke Al-Amin sebelah SKBSP, senang ustazah & kak liza nak monitor. Sempat seminggu je di SRABSP & sempat bayor yuran 2013.he..he.. kalau jumpa kak liza kat mana2 tu, tegurlah ye..
ReplyDeleteInsyaAllah, tapi tak kenal yang mana satu...
Delete