Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

10 October 2013

Ogos Dan September '13

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, saya jarang mengemaskini blog CTB kesayangan saya ni. Maaf ya. Bukan sebab tak ada mood, tapi sebab kekangan masa yang dapat saya luangkan untuk menghadap komputer. Entry  ini pun saya buat sedikit demi sedikit, yang mana sepatutnya saya terbitkan minggu lepas.

Dan saya rasa, sudah lama saya tidak menulis apa-apa buah pandangan saya terhadap sesuatu perkara atau isu. Insya-Allah, mungkin pada cuti hujung tahun nanti, saya punya ruang masa yang melimpah-ruah untuk menaip.

Dalam entry kali ini, saya ingin mengemaskini beberapa aktiviti sepanjang Ogos dan September 2013.

Pihak sekolah melalui Unit Pusat Sumber dengan kerjasama PTS membuat minggu membaca pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2013 yang mana pihak PTS membuat jualan buku kepada murid-murid. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan walaupun ada beberapa kes yang berlaku, sebahagiannya mencabar pemikiran kami selaku guru-guru.

Membaca amalan mulia walaupun membaca komik. Hehehe...
Aiman Danial, Hafizul Hadi, dan Imaduddin membelek beberapa buah buku yang saya cadangkan.
Bisri, Irfan, Arshad, Hariz Syahmi, dan Shafiq membaca buku, tapi tak mahu beli.
Shafiq pula pegang buku yang saya beli dengan harapan dapatlah baca buku tu nanti.
Suasana di tempat jualan.
Kelas 4 Ibnu Khaldun diumumkan sebagai Naib Johan bukan kali ketiga berturut-turut dalam Pertandingan Keceriaan kelas.

Tiga orang ketua kelas dengan trofi kemenangan masing-masing.
Saya bergambar dengan Aqil Ilham selaku ketua kelas dengan piala.
Fed up dengan keputusan Naib Johan yang tidak berganjak kepada Johan, saya bersama murid-murid 4 Ibnu Khaldun merancang untuk mencuci kelas pada hujung minggu. Mungkin keadaan kelas yang penuh dengan debu-debu menjadikan suasana di dalam bilik darjah suram dan tidak menceriakan.

Bergambar sebelum mencuci kelas.
Dari kiri: Zikri Hazem (depan), Zaihan Hanafi, Aidil Hakim, saya, Iman Danish, Megat Izz, dan Rizal Azri.
Maaf, gambar suasana kemeriahan ketika mencuci kelas tidak dapat disertakan di sini kerana agak kurang sopan.

Awal bulan September tapi tarikhnya saya tak ingat, seorang murid saya, Husni Zahirul Haq, menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-10. Menunjukkan tanda kesyukurannya menyambut hari tersebut, Husni mengagih-agihkan sebekas pulut kuning berlaukkan rendang kepada kawan dan guru. Alhamdulillah, saya juga menerimanya.

Saya dan Husni. Gambar pulutnya saya tak ambil.
Seterusnya, UPSR dan PSRA berlangsung. Boleh rujuk pada entry terdahulu.

Bergambar dengan guru praktikal pada hari terakhir praktikum mereka, juga pada hari terakhir PSRA.
Selepas PSRA selesai, Badan Kebajikan Guru SRA Bandar Seri Putra mengadakan Hari Keluarga di Pengkalan Balak, Melaka.
Satu gambar ni je saya dapat muat naik.
Maaf kalau entry saya kali ini terlampau ringkas. Ada masa, saya buat panjang-panjang ye...

Tinta mencoret: Oktober sudah menjelma...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment