Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 October 2013

Cemburu Dengan Guru

Barisan guru lelaki bergambar selepas selesai pemantauan bersepadu JAIS, tahun lepas.
Dari kiri: Ustaz Azhari, Ustaz Amri, Ustaz Hafeez, saya, Ustaz Rijal, Ustaz Misnan, Ustaz Zulraime, Ustaz Syafiq, Ustaz Hanif, dan Ustaz Asyraf.

Terus terang, saya begitu cemburu dengan guru-guru yang terlibat secara langsung dengan murid-murid Tahun 6. Mereka lebih diambil berat oleh pihak pentadbiran sekolah kerana anak didik mereka akan mengambil peperiksaan penting tahun tersebut, dalam konteks sekolah saya, anak didik mereka akan mengambil peperiksaan PSRA.

Apa itu PSRA? Saya pernah jelaskan dalam satu entry yang lalu.

Walaupun mereka bersusah-payah dan bertungkus-lumus memastikan setiap anak didik mereka mendapat keputusan cemerlang, mengadakan kelas tambahan siang dan malam, bersengkang mata menyediakan nota padat dan latih tubi, hasilnya kecemerlangan murid Tahun 6 dalam peperiksaan penting pastinya akan mereka rasai terlebih dahulu berbanding guru-guru yang tidak terlibat secara langsung dengan murid-murid Tahun 6.

Bila selesai peperiksaan, mereka antara guru yang boleh menghela nafas panjang, walaupun terpaksa mengatur beberapa program untuk murid-murid Tahun 6 sebelum mereka melangkah masuk ke alam remaja.

Beriadah dengan murid Tahun 6 ketika waktu rehat.
Kalau tak silap, waktu ni saya sedang berlawan badminton dengan Adli Zainuddin.
Haish. Saya memang cemburulah. Tapi, saya tidak mampu untuk bertindak dan bekerja dengan keras sebagaimana mereka. Mereka mengajar penuh dengan strategi.

Saya mungkin bukan seorang guru yang cekap seperti mereka, namun kecekapan mereka mungkin boleh saya jadikan contoh.

Sebahagian daripada murid Tahun 6 juga pernah menjadi murid saya suatu ketika dahulu. Namun, walaupun mereka tidak mendapat pendidikan daripada saya secara formal, mereka turut belajar secara tidak formal di luar bilik darjah.

"Eh, ustaz macam cemburu dan iri hati je tak dapat mengajar budak darjah 6...?"

Tidak salah berasa cemburu dalam perkara yang baik, dengan syarat rasa cemburu itu membuatkan kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik setanding dengan orang yang kita rasa cemburu itu.

Yang menjadi salah sekiranya kita bersikap cemburu, kemudian membuat onar dan sabotaj kepada orang yang dicemburui itu.

Heh, saya dah mula merapu...

Saya sentiasa berusaha untuk menjadi seorang guru. Saya sedia menadah telinga menerima teguran kerana saya tahu, teguran itu bukan untuk mematikan semangat kita, sebaliknya memperbaiki kelemahan dan menjadikan kita lebih baik berbanding sebelumnya.

Namun, saya masih teringat pesanan al-Fadhil Ustaz Ramly kepada saya tempoh hari, meminta saya berani ketika berhadapan dengan masyarakat terutamanya dalam hal berkaitan pendidikan sebab saya seorang guru. Masyarakat yang sudah rosak memerlukan seorang yang berani untuk terjun dan 'membasuh' kesilapan dan kesalahan serta memberikan penerangan terhadap sesuatu perkara agar mereka faham.

Saya belum bersedia untuk
berhadapan dengan masyarakat.
Ustaz Ramly antara murabbi yang saya hormati sehingga kini. Sikapnya yang bersederhana dan kadang-kala keras dalam berhadapan dengan masyarakat setempat amat saya kagumi. Namun, saya tidak mampu untuk menjadi seperti beliau yang berani membuat keputusan dan tindakan walaupun terhadap pihak yang bergelar VVIP.

Saya, baru kena 'ugut' sikit, dah macam kura-kura, sembunyi dalam cengkerang.

Mengendalikan program pertama saya,
bermesyuarat mencari salah dan silap
dalam setiap slot program tersebut.
Mungkin inilah medan dakwah sesusai
buat saya.
Sebab itu, saya lebih suka mengecilkan skop dakwah saya hanya di sekolah, kerana saya tahu, saya belum bersedia berhadapan dengan masyarakat luar. Saya berusaha untuk menjadi seorang guru yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri sebelum saya bersedia untuk terjun ke lapangan yang lebih luas.

Ini semua menjadi sebab saya cemburu dengan guru Tahun 6 kerana kecekapan dan kepantasan mereka dalam berdakwah di dalam bilik darjah.

Saya...? Masih dalam proses belajar.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H.

Tinta mencoret: Belajar sehingga akhir hayat.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment