Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

22 October 2013

Asif dan STAM

Saya dan Asif ketika Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KPI) 2012.

Minggu depan ye exam STAM?
21 hari bulan, lagi seminggu.
Dah prepare habis?           Dalam usaha, insya-Allah.
Insya-Allah (boleh berjaya). Nak buat entry pasal Asif la nanti.
Entry pasal Asif? Kenapa?
Asif baru nak update blog cadangnya sebelum peperiksaan ni.

Minggu ini, Asif dan kawan-kawan seperjuangannya sedang berjuang berhadapan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga Allah memberikan kejayaan yang cemerlang dan Mumtaz Sufi buat Asif dan rakan-rakan.

Sabda Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam:
ثلاثة من كن فيه وجد بهن حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا الله، وأن يكره أن يعود إلى الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يُقذف في النار. أو كما قال ‏ 
Ada tiga golongan yang dapat merasakan kemanisan iman: orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang kerana Allah, dan dia benci kembali pada kekafiran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka.
HR Bukhari
Saya bersama Asif (kiri) dan Syahmi Roslan di rumah Ustazah Ummi.
Lagi KPI 2012.
Asif dihantar balik ke asrama selepas pulang daripada mengiringi jenazah Allahyarham Cikgu Mahadi di Sabak Bernam. Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Mahadi.
Bergambar semasa singgah di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, tahun lepas.
Asif, bila dah berjaya nanti, jangan lupa kepada orang di sini. Semoga langkahmu ini diberkati sehingga langkahmu yang terakhir nanti.

Juga tidak dilupakan buat anak-anak murid saya di SRA Bandar Seri Putra dan bekas anak murid yang menuntut di SMK Bandar Seri Putra yang menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun, diucapkan selamat menjawab peperiksaan, semoga memperoleh kejayaan cemerlang.

Yang paling penting, lepas exam nanti, jangan ilmunya ditinggalkan terus di atas kertas exam.

Tinta mencoret: Semoga berjaya dengan cemerlang.

Orange CC, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments: