"Abu, aku rimaslah! Pasal aku bergambar dengan Aina pun dia dah marah-marah."
"Rileks la Ali, biasalah orang perempuan, kuat cemburu."
"Agak-agaklah. Bukan aku peluk si Aina tu pun. Lagipun, bukan aku sorang je dalam gambar tu, Ahmad, Anas Ainun, ramai lagi. Kebetulan je aku berdiri sebelah Aina. Bukan aku pegang dia pun, ada jarak."
"Kau kena faham dengan perempuan..."
"Ooo, kita je yang kena faham dengan diorang? Yang diorang perangai macam tu, boleh pula ye...?"
Hahaha... Ni kes cemburu la ye.
Ada yang kata, rasa cemburu itu fitrah.
Ada yang kata, cemburu itu tanda sayang.
Cemburu itu sepatutnya menjadikan manusia lebih baik, bukan terus-menerus mencari salah silap orang yang berkenaan, disoal siasat sampai ada yang berasa rimas dan lemas.
Bila si isteri cemburu, bukan dimarahnya si suami, sebaliknya si isteri sepatutnya berubah menjadi yang lebih baik. Jika si suami itu terpaut pada wanita lain, bukan menjadi lesen kepada si isteri melenting dan meminta cerai daripada si suami, sebaliknya si isteri patut bermuhasabah, apakah sebab si suami itu bertukar 'selera' kepada wanita lain sedangkan tersedia isterinya di rumah?
Saya bukan bermaksud seorang suami itu boleh dengan sesuka hati bertindak sebegitu, suami pun boleh melakukan kesalahan.
Ops, khusus untuk pasangan suami-isteri sahaja. Yang belum berkahwin, JANGAN MENGGATAL NAK CEMBURU. Meluat la nak dengar...
Dan, saya begitu benci dengan manusia yang cemburu ni, sampai ada yang sanggup pasang spy untuk mengintip orang yang dia suka. Kalau sampai nak mengintip, maksudnya dah tak percaya pada orang yang dia suka. Kalau dah tak percaya, buat apa kahwin.
Bodoh betul mamat atau minah yang suka mengintip.
Sekali lagi saya ulang, BODOH BETUL MAMAT ATAU MINAH YANG SUKA MENGINTIP.
Ha... Hari-hari dengar cerita pasal cemburu ni, sampai saya sendiri jadi meluat.
Daripada kita sibuk cemburu, sibuk marahkan pasangan kita minum air kosong dengan orang lain di kedai makan, sibuk marahkan pasangan bercakap telefon dengan orang lain, apa kata kita koreksi setiap kelemahan yang ada pada diri kita. Ingat, manusia tu penuh dengan kekurangan. Kita bukan malaikat yang tidak dikurniakan nafsu. Kita juga bukan haiwan yang tidak dikurniakan akal. Kita punya akal dan nafsu. Kawallah nafsu itu menggunakan akal yang dipimpin oleh iman dan takwa.
Cemburu itu perlu, tapi bukan untuk disiasat perempuan yang minum air bersama suaminya, tetapi diperlukan untuk memperbaiki diri supaya lebih hebat daripada perempuan yang minum air bersama suaminya itu.
Dan, sebelum saya mengakhiri entry kali ini yang agak merepek sikit, saya nak simpulkan bahawa manusia yang tak reti kawal sifat cemburu itu adalah manusia yang berangan nak jadi Nabi sebab dia rasa dirinya tak ada dosa macam Nabi yang bersifat maksum, bebas daripada sebarang dosa.
Ustaz Syahmi duduk bergambar sebelah budak perempuan. Tak nak cemburu ke...? |
Tinta mencoret: Tak mahu cemburu dengan cinta Rasulullah terhadap umat Baginda ke...?
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment