Tengah syok melayan bantal dan tilam yang dibentangkan di ruang tamu rumah, terdengar riuh suara mak dan abah. Pada mulanya, saya malas nak dengar apa yang mereka berdua bincangkan. Namun, tatkala mendengar salah seorang daripada mereka membuat panggilan telefon, saya terdengar satu perkataan yang agak mengejutkan; "MENINGGAL".
Huh. Saya bingkas bangun meninggalkan bantal dan tilam yang empuk, melirikkan mata mencari kelibat mereka.
"Siapa yang meninggal?"
Soalan itu yang terpacul keluar daripada mulut saya. Saya diberitahu, Mak Teh Normah, kakak ipar kepada abah menghembuskan nafas terakhir di CCU Hospital Kuala Lumpur akibat kekurangan sel darah merah atau leukimia.
Dalam pengetahuan saya, kalau salah tolong betulkan, setiap pesakit yang mengidap penyakit berkaitan darah seperti leukimia akan dirujuk ke Hospital Ampang seperti Allahyarham Zamirul Ikhmal.
Dengan serta-merta saya terus mengemaskini maklumat tersebut ke dalam timeline dan group Facebook keluarga besar saya sebagai hebahan. Rupa-rupanya, maklumat tersebut sebenarnya sudah tersebar lebih awal, saya yang lambat dapat maklumat.
Selepas selesai majlis pengebumian Allahyarham Mak Teh. |
Pemergian Allahyarham Mak Teh amatlah dirasai kami terutamanya Kak Ngah yang rapat dengan Mak Teh. Saya bukan tak rapat, cuma tidak serapat seperti Kak Ngah.
إنَّا لله وإنّا إليه راجعون
Kami semua doakan agar roh almarhumah dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta`ala, dan dosa-dosa beliau diampunkan.
Al-Fatihah.
Dalam Kenangan
Allahyarham Normah
29 November 2013 (Jumaat)
29 November 2013 (Jumaat)
Tinta mencoret: Giliran kita pula menanti 'dipanggil'.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
إنَّا لله وإنّا إليه راجعون
ReplyDeleteAl-Fatihah .
Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkn dikalangan org2 beriman....amin.
ReplyDelete