Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 February 2014

Maulidur Rasul 1435H

Entah kenapa, sejak tahun lepas, saya makin jarang mengemaskini blog CTB ni. Rasa nak menaip tu ada, tapi, entahlah. Kalau diikutkan, banyak je perkara yang saya nak share di sini tapi mungkin masa yang membatasi segala-galanya.

Tahun lepas pun, banyak peristiwa saya terlepas untuk dikongsi di sini seperti peristiwa saya ke Perak dengan Aiman, Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah yang memberikan kejayaan gemilang kepada sekolah, pengalaman sebagai pengawas peperiksaan buat kali pertama, dan macam-macam lagilah.

Ingatkan, nak berazamlah untuk memastikan blog ni tidak lagi bersawang, namun, bulan pertama lagi, saya sudah tewas, hanya dua entry sahaja yang mampu untuk saya buat. Entry kedua berkaitan dengan kebakaran tu pun saya buat sebab nak bagi blog saya 'terkenal' sebab gambar yang saya masukkan tu gambar 'panas', dicari orang ketika tu.

Saya masih diberikan pelbagai idea untuk terus menaip tetapi masa yang menjadi penghalang. Berbeza sedikit dengan Encik Reza. Jangan marah ek...

Tak mahu mengarut panjang, sekarang saya nak berkongsi gambar sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang diadakan lebih kurang sebulan yang lalu.

Ustaz Zulraime memberikan sedikit taklimat berkaitan perarakan.
Eh, ada terselit gambar saya...?
Barisan depan 'kontinjen' perarakan.
'Bersemangat' mereka berselawat.
Irfan Hakimi selaku wakil peserta lelaki tahun 5 dalam  acara membuat sepanduk. Tahun 5 Lelaki dinobatkan Johan dalam acara ini.
Muka saya tak banyak, sebab saya bertindak sebagai jurukamera rasmi sekolah. Bila saya serah kamera kepada orang lain dengan harapan muka saya ter'selit' dalam ribuan gambar yang diambil, namun tetap juga tak masuk sebab diorang ni hala lensa kat tempat lain.

Saya bergambar dengan sebahagian peserta lelaki yang johan dalam acara membuat sepanduk (dari kiri): Danish Irfan, Shafiq, Irfan Hakimi, dan Irfan Shamir.
Semoga natijah daripada program sambutan ini akan menjadikan kami dan anak-anak didik kami semakin hampir dan sayang terhadap junjungan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Lagi gambar boleh digodek di FB dan blog sekolah.

Tinta mencoret: Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallah contoh ideal untuk diikuti.

Masjid al-Hasanah (Masjid Hijau), Bandar Baru Bangi SDE

2 comments:

  1. 2lh, akak selalu dtg jengah ttp syahmi xupdate pn blog nie....trkdg byk cerita tapi mood ke laut.
    wah tahniah...mmg menjadi betullh sentuhan ustaz syahmi nie......akak tumpang bangga...sukar nk cari cikgu lelaki yg begitu komitment mcm syahmi nie..kagum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Kekangan masa.

      Tanggungjawab mendidik anak bangsa...

      Delete