Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

22 February 2014

UAI @ Surau Taman Permata


Siapa yang tak kenal Ustaz Azhar Idrus kan...? Majoriti orang Islam di Malaysia kenal dengannya.

Alhamdulillah, pada Isnin lepas (17 Februari 2014), Ustaz Azhar Idrus datang mari ke surau kariah kami, Surau Taman Permata untuk menyampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Anak Kunci Syurga".

Ini kali kedua saya mendengar kuliah Ustaz Azhari Idrus atau UAI secara live. Kali pertama ialah pada 31 Disember 2012, pada sambutan ambang 2013 di Shah Alam.

Lepas sekolah, terus saya balik sebab tak mahu ketinggalan untuk mendengarkan kuliah UAI. Tapi, hanya dapat dengar kuliah dekat-dekat Isyak sebab sampai rumah lewat, dicampur dengan kesesakan di kawasan perumahan kami.

UAI menyampaikan kuliah.
Dewan solat penuh dengan jemaah yang mahu mendengar kuliah UAI.
Adun Hulu Kelang, YB Tuan Saari Sungib (baju biru berkain pelekat) solat sunat Maghrib di luar kawasan surau. Mungkin beliau terlewat hadir kot...
Pergh...! Ramai.
Kenal tak pemuda baju putih sebelah UAI tu...?
Itulah Syamsul Yusof, anak Datuk Yusof Haslam.
Cuba cari saya dalam gambar ni...
Gambar-gambar di atas ni semua sebenarnya dirembat di Facebook YB Tuan Saari Sungib. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat lensa saya rakamkan.
Lambat sampai, jadi terpaksa je la tengok UAI berkuliah di skrin besar depan sekolah agama.
Bukan kata dalam surau je ramai orang, luar pun ramai.
Mungkin kehadiran dalam 10,000 hadirin rasanya.

Ustaz Azhar Idrus yang ceria, bersalaman dengan hadirin.
YB Saari Sungib.
Syamsul Yusof pun join sekali dengan kuliah. Beliau kan membesar di Hulu Kelang.
Lagi gambar di sini.

Tinta mencoret: Ustaz, mu tunggu ku datang.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

5 comments:

  1. ni nak cerita psal ustaz azhar ke pasal syamsul yusof? haha... motif sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cerita pasal YB Saari Sungib sebenarnya... Hahaha...
      Nak mencontohi kepimpinan beliau... ^_^

      Delete
  2. wow bestnya dpt tgk live gitu.....mesti kelakarkan sepjg ceramah beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugalah lawaknya. Tak kurang juga yang bagi soalan pelik-pelik suruh UAI jawab...

      Delete
  3. salam syahmi, blog akak dh kena block...akak pn xpasti kenapa..sedih xtrucap. nnti jemput ke blog baru akak di http://naurahsweet.blogspot.com/

    ReplyDelete