Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 January 2014

Air Mawang Dijilat Api

Cuti tiga hari sempena Tahun Baru Cina ni saya habiskan dengan bercuti di kebun mak di kampung. Kebiasaannya, bila saya pulang ke kampung, saya pasti akan ke Pekan Tampin untuk window shopping.

Tapi bila baru keluar dari pagar rumah, saya nampak kepulan asap hitam dari arah Pekan Air Mawang yang berhampiran dengan rumah. Saya bergegas ke arah asap tersebut dan...

Apa lagi, jadi wartawan tidak bertauliah le..........

Saya baru sampai. Kebakaran pun nampaknya baru sahaja berlaku.

Api menjulang tinggi... Ni baru start. Bomba pun belum sampai.


Jentera bomba pertama tiba.
Mungkin dari Balai Bomba Tampin.
Bomba bertungkus-lumus
menarik hos air ke arah kebakaran.


Anggota bomba terpaksa mengupil salah sebuah pintu deretan kedai yang terbakar.

Pekan Air Mawang lumpuh sehingga entry ini ditaip.
Bomba sukarelawan dari Pekan Dangi.
Inilah kedai runcit yang menjadi tumpuan kami membeli barang keperluan.
Hanya tinggal bumbung depan sahaja.

Totally lost...
Jumpa kereta Exco Negeri Sembilan, tapi tak tahu yang mana satu orangnya.
Tahniah kepada YB yang cepat mengesan kesusahan rakyat.
Saya tidak pasti adakah ada kemalangan jiwa berlaku sepanjang insiden kebakaran itu. Empat jentera bomba dikejarkan untuk memadamkan kebakaran yang cepat merebak.

Mengikut 'sosek' orang berhampiran, kebakaran itu berlaku berpunca daripada litar pintas. Pelbagai 'andaian' timbul selepas daripada kejadian tersebut.

Walau apapun, pastinya pemilik kedai yang terlibat itu terpaksa menanggung kerugian yang amat besar. Semoga kalian bersabar dengan musibah yang menimpa.

Tinta mencoret: Sedih dan sayu melihat beberapa orang yang menangis melihat premis mereka dijilat api.

Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol NSDK

6 comments:

  1. Ishh , kebakaran . Bertungkus-lumus Bomba2 tu sedang menjalankan tugas mereka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan bagus.

      Delete
  2. Uikkk...dasat lah ustaz....gambar2 eksklusif....

    ReplyDelete
  3. besar jugak kebakaran tu...moga mangsa tabah lalui ujian tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak besar, sehinggakan saya yang mengambil gambar yang agak jauh dari api pun terasa bahangnya.

      Moga mereka tabah...

      Delete