Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 December 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Coretan ini tiada kena-mengena dengan patriotik ataupun Hari Kemerdekaan.

Dan sebelum baca coretan ini, seeloknya dibaca terlebih dahulu coretan terdahulu walaupun takde kena-mengena pun antara dua coretan ni.

Baca dulu tau...!

"Ehem..."

Saya sudah pun bertukar sekolah ke sekolah baru, SRA Bandar Bukit Puchong secara rasmi pada 2 September 2014 (Selasa). Atas beberapa sebab, saya tidak menonjolkan sebarang aktiviti di sekolah baru di sini pada awal pemindahan saya.

SRA Bandar Bukit Puchong merupakan sekolah ketiga tempat saya berkhidmat. Sekolah pertama ialah SRA Desa Putra dan kemudian ditempatkan di SRA Bandar Seri Putra.

Seperti yang pernah saya coretkan selepas perpindahan saya dari SRA Desa Putra ke SRA Bandar Seri Putra suatu ketika dahulu,  setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Saya melihat sesuatu yang berlaku itu lebih kepada yang positif.

Banyak yang saya pelajari di tempat baru.

Perpindahan yang dilihat sebagai sesuatu perkara yang agat 'menakutkan' pada sebahagian daripada kami, dan juga perkara yang mungkin boleh dijadikan sebagai 'ugutan' oleh pegawai yang lebih berkuasa. Namun, sekiranya perkara yang menakutkan itu jika difikirkan secara yang positif, kita akan peroleh hasil yang baik. Jika tidak, kita akan asyik tuding-menuding yang tidak berpenghujungnya.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, saya sudah boleh menyesuaikan diri di tempat baru.

۞   ۞   ۞  SRABBP  ۞   ۞   ۞

Sekolah Rendah Agama Bandar Bukit Puchong
Saya melaporkan diri di SRA Bandar Bukit Puchong (SRABBP), di hadapan guru besar yang baru, Ustazah Fazilah Ismail pada 2 September 2014, namun mula berkhidmat di SRABBP pada 8 September 2014, seminggu selepas lapor diri.

Di SRABBP, saya diamanahkan untuk memegang kelas 4 al-Farabi, kelas kedua selepas 4 al-Khawarizmi.

4 al-Farabi yang betul-betul macam kanak-kanak Ribena.
Maaf, gambar ada sedikit kabur.
Ambil masa juga saya nak menghafal nama-nama mereka. Lagi payah apabila pada awal pemindahan saya, sesi pembelajaran banyak 'terganggu', bermula dengan cuti pertengahan penggal kedua dan kemudiannya cuti rehat sempena Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang berlangsung bermula 22 sehingga 26 September 2014.

Bergambar selepas PSRA. Kebetulan saya singgah ke sekolah selepas pulang daripada pusat peperiksaan di Putra Perdana.
Belakang dari kiri: Safwan (baju putih), saya, dan Hazim.
Depan dari kiri: Syabil dan Haziq Shazry
Namun, mungkin sudah ditakdirkan, sebahagian daripada murid-murid yang masih belum mengenali saya, melihat saya sebagai seorang guru yang garang.

Dush...

Adoyai... Dari dulu saya terfikir-fikir, kat bahagian mana yang menjadikan saya seorang yang garang? Mungkin guru-guru di sini terutamanya guru lelaki yang berjumlah tiga orang termasuk saya bukanlah jenis guru yang suka naik suara.

Saya pula sebaliknya, 'suka' naikkan suara. Huhuhu...

Murid-murid Tahun 4 pada awalnya kekok dengan cara saya. Tapi, tak sampai sebulan, semuanya jadi kanak-kanak Ribena. Pening...

Bergambar dengan sebahagian murid 4 al-Khawarizmi. Murid lelaki sebelah kiri yang tenggelam tu namanya Zharif, selalu menjadi mangsa saya di dalam kelas.
Kebanyakkan mereka tidak bersekolah di sekolah kebangsaan yang sama, ada yang di SK Pulau Meranti, ada yang di SK Puchong Utama 2, ada yang di SK Cyberjaya, ada yang di sekolah cina, dan sebagainya. Sekolah kebangsaan yang paling hampir dengan SRABBP ialah SK Pulau Meranti, tidak sampai 500 meter.

SRABBP menjadi titik pertemuan dan perjumpaan bagi mereka. Oleh sebab itu, mereka begitu erat ukhuwah antara mereka sehinggakan ada antara perbuatan mereka yang benar-benar menyentuh hati.

Nak tahu apa yang menyebabkan saya tersentuh, kena la ikuti kisah selanjutnya. Hehehe... Macam drama bersiri pula.

Apa-apa pun, di sini lahirlah sebuah cinta yang terbaru.

Oh... Nak tengok gambar...? Lain kalilah. Tak laratlah nak pilih gambar, baru settle meeting keluarga besar tadi.

Tinta mencoret: Di sini lahirnya sebuah cinta...

Pantai Sepang Putra, Sepang SDE
Via Samsung GT-P5100

8 comments:

  1. wah bestnya
    satu kelas tak ramai pelajar
    boleh concentrate
    kat SRABSP ramai betul student dlm 1 kelas

    apa pun
    berikan khidmat yang terbaik utk anak2 didik kita
    insya Allah baik kita bagi
    baiklah kita dapat

    muka ustaz serius sangat kot
    tu yang derang ingat ustaz garang
    hahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, di mana kita berada di situlah khidmat bakti akan ditaburkan.

      Muka saya serius ke...? Kena buat pembedahan plastik ni... Hehehe...

      Delete
  2. Salam ustaz, boleh saya dapatkan no telefon sekolah ini? Saya berhasrat untuk hantar anak saya yang baru masuk darjah satu ke sekolah ini selepas sesi di sekolah kebangsaan..
    STK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf puan, telefon sekolah masih dalam proses pemasangan. Tapi puan boleh terus ke sekolah untuk mendapatkan borang untuk pendaftaran.

      Maaf kerana lambat reply, sebab saya tak buka blog ni dua tiga minggu kebelakangan ni...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam, sy nak tanya. Kalau kita nak buat pertukaran,kena tanya dulu ke dekat srabbp tu ada kosong ke tak ? Atau pun kena buat permohonan ke jais terus ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sebab lambat reply.

      Cuba berhubung dengan Guru Besar terlebih dahulu.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete