Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 December 2014

Port Dickson '14

Port Dickson, Bandar Tentera Darat. Port Dickson atau PD merupakan sebuah bandar pelancongan yang terletak lebih kurang 90 kilometer dari ibu kota, 30 kilometer dari ibu negeri Negeri Sembilan, Seremban.

Eh... Ni bukan Wikipedia (baca: Wiki-Ape-Dia?) ye.
Gambar terbaru saya di
akaun baru Instagram saya.
Follow ek: syahmie49

Semalam, bila saya terbaca blog Kak Elly berkaitan percutiannya ke Port Dickson, saya terlupa yang saya akan ke Port Dickson pada keesokkan harinya, hari ni le...

Lepas saya baca, sebelum ke surau untuk Solat Jumaat, abah tanya saya sama ada pergi atau tidak. Saya sebenarnya terlupa yang hari ni ada majlis di Port Dickson sebab tak de mana-mana gadget saya buat reminder pun, lupa nak set kot...

"Muda-muda lagi dah nyanyuk..."

Tahun ni, saya ke Port Dickson sebanyak dua kali. Kali pertama, menghadiri Hari Keluarga SRA Desa Putra pada 22 dan 23 November lepas. Kali kedua, hari ni.

Hari Keluarga SRA Desa Putra.
Hari ni saya ke The Grand Beach Resort, Port Dickson untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu Pak Teh Kota Tinggi.

The Grand Beach Resort, Port Dickson. Sebelum ini dikenali sebagai Selesa Beach Resort. Gambar dirembat dari blog Celik Dunia.

Raja dan ratu sehari.
Suasana dalam dewan.
Pasukan kompang.
Kesian tengok budak yang main drum tu...
Para tetamu didendangkan dengan paluan tradisional.
Kawasan swimming pool dan pantai di kawasan hotel.
Hadir makan-makan sambil jumpa saudara-mara, tak menginap sebab pada sebelah malam, ada program anjuran persatuan penduduk dan NGO di kawasan kejiranan saya.

Tu je... Saje je nak buat coretan pasal PD bila baca blog Kak Elly. Hehehe...

Tinta mencoret: Jom pergi PD.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. ohhhh dah tukar nama ye hotel ni
    dulu2 zaman dating pernah la ke hotel ni, pi makan tengahari je pun, pastu balik KL
    tak reti nak deting2 pi jalan2 mall ke, taman ke
    kalau dating pi tgk wayang, beli barang, senang cite ada tujuan la
    selebihnya selalu dating kat umah tok sedara pakwe je hahahaha

    meriahnya majlis
    tepi pantai lak tu
    best la abis majlis bleh melepak tepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang seronok datang sini.

      Ramai saudara saya yang pi lepak kat pantai belakang hotel tu time majlis.

      Delete
  2. Dah lama xke PD. alahai mmg kesian sbb badan budak tu kecik n drum tu besar.

    ReplyDelete