Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 February 2015

Seminar Pemikiran an-Nadwi

Alhamdulillah. Pada 31 Januari yang lalu (Sabtu), Akademi Intelektual Muda (AIM) berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Abu al-Hasan Ali an-Nadwi yang diadakan di Auditorium Sa'id Ramadhan al-Buti, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Alhamdulillah, ini program kedua yang saya turut serta membantu menjayakannya walaupun sebenarnya tak seberapa pun saya buat kerja. Program pertama adalah Seminar Fiqh Jihad dan Terrorisme pada 27 Disember 2014 di Auditorium entah apa namanya Karangkraf Shah Alam.

Apa lagi, macam biasalah, kita layan gambar yang dicilok dari Facebook Akademi Intelektual Muda.
Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Eksekutif AIM, Tuan Jufitri Joha.


Syeikh Fahmi Zamzam

Ustaz Rumaizuddin




Tuan Haji Ahmad Azam
Ayah kepada Ahmad Amar


Ucapan pembukaan sesi kedua oleh
Timbalan Dekan Akademi Islam KUIS

Ustaz Razif

Ustaz Shahrizal

Ucaptama daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah (Datuk) Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, juga sebagai Penasihat AIM.

Selepas kehilangan kamera NX1000 sebelum saya berpindah ke SRA Bandar Bukit Puchong, saya dah jarang mengambil gambar orang. Sebab apa? Sebab saya dah mula belajar berselfie dengan kamera telefon. Hohoho...

KUIS, tempat aku dididik dengan biah solehah. Rindu dengan mu'allimun.

Selfie jap. Hehehe...
Dengan siapa la saya belajar selfie ni ek...?
Bergambar selepas selesai seminar. Sebenarnya ada ramai lagi tenaga, tapi ada yang dah balik dulu. Yang ada pun segan nak masuk.
Dari kiri: Balqis (pengerusi majlis), Ustazah Halimah, Ustaz Muhammad (orang kuat AIM), dan saya yang suka benar nak menyebuk.

Bergambar dengan banner seminar.

Bergambar dengan Iman, mula berkenalan masa program pertama yang saya terlibat tahun lepas. Kali ini, Iman terlibat sebagai peserta, bukan pembantu.
Program AIM seterusnya, insya-Allah pada Mac ini.

Terima kasih sebab masih lagi sudi nak baca blog saya ni walaupun dah lebih satu setengah bulan saya menyepi daripada mengemaskini. Maaf sebab kerja kat sekolah terlalu banyak, sehinggakan saya terpaksa melupakan blog ini buat seketika waktu.

Saya ada banyak benda nak share, tapi mungkin berdikit-dikit, agar blog CTB ni nampak 'bernyawa'. 

Tinta mencoret: Cedok setiap apa yang ada daripada tokoh-tokoh ulama' yang ada.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. n3 pertama di thn 2015....he3x....
    Mesti byk ilmu yg ditimba masa kt seminar tu kan....

    ReplyDelete