Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 February 2015

Wad 18A

Hospital Kuala Lumpur
Rabu minggu lepas (11 Februari 2015), saya disahkan demam oleh Klinik Kesihatan Keramat AU2 (KKKAU2). Biasanya kalau saya demam, sehari je. Habis sehari, dengan izin Allah, demam saya kebah. Tetapi, kali ini, demam saya berlanjutan sehingga hari kedua, ketiga...

Bila dah tiga hari demam, doktor mula suspek saya ni ada mengidap demam denggi berdasarkan ujian darah yang dibuat.

Demam masih belum kebah, tapi tiap-tiap hari kena ke klinik, check darah.

Dan akhirnya, saya ditahan di Wad 18A Hospital Kuala Lumpur kerana demam selain jumlah platlet yang makin berkurangan, bawah daripada 80.

Bila dah kena tahan wad, mulalah saya terfikir...

"Wah...! Silibus tak habis lagi...!"
"Kerja bertimbun...!"
"Cukup ke cuti sakit aku ni...?!"

Bukan makin dapat rehat, tapi makin banyak fikir...

Namun, kepada Allah diserahkan segalanya.

Lebih kurang 24 jam selepas saya masuk wad, saya dibenarkan keluar. Alhamdulillah.

Terima kasih atas layanan mesra doktor-doktor. Juga terima kasih buat para jururawat yang ramah, boleh berborak lagi dengan pesakit. Hehehe... Layanan terbaik. Terima kasih Staf Wad 18A HKL.

Cuma, saya masih lagi di bawah pemerhatian pihak doktor kerana kandungan platlet masih lagi rendah pada ujian darah terakhir.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Allah masih buka ruang.
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan.
Alhamdulillah, Allah masih benarkan pintu taubat terbuka.

Sakit itu mengajar erti kesabaran.
Sakit itu mengajar erti penyesalan.
Sakit itu menanam sifat redha.

Tinta mencoret: Ujian adalah tarbiyah dari(pada) Allah...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Pautan tambahan.
1. Lokasi Panas Denggi
2. iDengue

No comments:

Post a Comment