Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 December 2014

Coretan Ke-500

Coretan kelima ratus...

"Dah bulan 12, baru nak post pasal benda ni."
"Benda apa...?"
"Hm..."

۞   ۞   ۞   23 November?   ۞   ۞   ۞

"Ooo, yang pasal 23 November tu, bukan?"
"Lebih kuranglah."

"Tahun ni pun lambat post. Apa pasal?"

Ada apa dengan 23 November? Itulah tarikh hari kelahiran saya, hampir 30 tahun lepas. Tapi saya tak berapa nak kisah sangat dengan tarikh tu, sebab tiada yang special pun. Melainkan tarikh tersebut mengingatkan saya betapa hampirnya saya kepada kematian.

Hadiah dari Wafir. Terima kasih.
Hadiah yang diberikan oleh Fikri bin Abdul Rahman.
Tarikh birthday kami sama, cuma tahun je berbeza.
Tahun ni, saya tak berapa nak kisah sangat pasal birthday saya. Sebabnya, pada tarikh 23 November tu, saya ada dua program yang memenuhi hari saya. Pagi hingga tengah hari, saya di Teluk Kemang, Port Dickson, menyertai Hari Keluarga SRA Desa Putra manakala di sebelah malamnya pula ke Bandar Baru Salak Tinggi, ada sedikit jamuan sempena kejayaan Wafir dan kawan-kawannya mendapat Mumtaz dalam PSRA, ditaja oleh ayah Wafir sendiri.

Ramai juga yang wish untuk saya. Tapi, disebabkan masa saya terlalu padat, saya tidak dapat membalas kebanyakkan daripada ucapan mereka tersebut. Ada sebahagiannya saya balas sehari dua kemudian.

Maaf...

Apa-apapun, terima kasih atas ucapan tersebut.

Apa yang penting, dengan kehadiran tarikh 23 November itu, ia mengingatkan saya betapa hampirnya dengan kematian. Persoalannya, bila nak bertaubat...?

Soalan makan dalam...

Tak tau nak ngarut apa lagi, tengok je la gambar aktiviti saya bermula dari malam 23 November tu sampailah ke malam seterusnya...

Ber'family day' bersama rakan guru dari SRA Desa Putra.
Ronda-ronda Port Dickson.
Ustaz Qamarul dan Najmi Aiman sedang bershopping.
Aktiviti di pantai Teluk Kemang.
Bergambar sebelum pulang.
Ops... Sekali lagi... Say cheese...!
Sebelum balik, singgah di Cowboy Place, Port Dickson. Rasa ayam dia memang... Pergh..!
Sedikit jamuan yang dibelanja oleh ayah Wafir.
Jap, jap. Belum bersedia...
Ok. Peace...!
Dari kiri: Faizuddin, Firdaus, saya, Shakur, dan Wafir.
Sambil menaip coretan ni, sambil tonton cerita Ustaz Don di TV3. Huhuhu...

Dan ini merupakan coretan saya yang ke-500... Huhuhu...

Tinta mencoret: Happy belated birthday.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Coretan berkenaan 23 November sebelum ni:
2008 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013

2 comments:

  1. entry ke 500 ye!
    tahniah
    ayam cowboy tu best ye
    tak pernah try
    tapi tgk2 ramai betul org makan kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time makan kat situ hari tu.

      Sedap jugalah. Saya sampai bertambah.

      Tapi kat situ takde pilihan menu yang banyak...

      Delete