Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

26 October 2014

Ziarah Encik Normanshally

Rasanya cerita ni dah basi, tapi tak pe kot kalau saya coretkan di dalam blog saya ni. Bak kata orang lain, "Blog aku, ikut suka akulah." Hehehe...

Ketika saya berkursus di Pusat Sumber Pendidikan JAIS (PSPJ) di Kampung Jawa, Klang, saya menerima satu berita melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp yang mengatakan YDP PIBG SRA Bandar Seri Putra (SRABSP), Encik Normanshally dimasukkan ke hospital KPJ Kajang.

Esoknya (Rabu, 22 Oktober 2014), saya meluangkan sedikit masa untuk menziarahi beliau di Hospital KPJ Kajang dan kediaman beliau di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra.

Encik Normanshally merupakan YDP PIBG SRABSP ketiga selepas Encik Iqbal. YDP PIBG SRABSP yang pertama ialah Encik Luqman.

PIBG SRABSP begitu aktif dan banyak membantu pihak sekolah dalam pelbagai bentuk. Bila saya dengar Encik Normanshally dimasukkan ke hospital, saya rasa terpanggil untuk menziarahi beliau.

Tapi, bila saya sampai je di KPJ Kajang, kebetulan beliau sudah berada di pintu hospital untuk balik ke rumah. Isteri beliau kemudiannya mempelawa saya ke kediamannya di Anjuang Suasana, Bandar Seri Putra.

Tiada apa yang dapat saya berikan melainkan doa agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas seharian beliau. Amin.

Terima kasih atas usaha dan baktimu membangunkan SRA Bandar Seri Putra.

Menziarahi Encik Normanshally di kediaman beliau di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra.
Tinta mencoret: PIBG yang kuat akan menjadikan sekolah yang cemerlang.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment