Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 October 2014

Hasad Ibarat Api

Rasulullah Sallallahu `Alayhi  Wasallam pernah bersabda:
الحَسَدُ يَأكُلُ الحسنـاتِ كما تأكلُ النَّارُ الحطب أو كما قال الرسول
"Sifat hasad itu akan memakan (menghapuskan) amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu api."

Sifat hasad ataupun dengki merupakan salah satu daripada sifat-sifat mazmumah, sifat yang dikeji. Orang yang memiliki sifat hasad dengki ini tidak suka melihat kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta`ala dikurniakan kepada orang lain. Sekiranya ada, pastinya mereka akan cuba sedaya-upaya untuk menghilangkan nikmat tersebut daripada dimiliki selain daripada dirinya.

Senang kata, tak boleh tengok orang lain senang.

Mereka juga berpegang kepada prinsip "Kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat gak."


Manusia yang memiliki hasad dengki ini sebenarnya kurang mendapat kasih sayang, dan mungkin cemburu apabila melihat orang lain mendapat sesuatu yang lebih daripada dirinya. Didorong dengan sifat cemburu bercampur dengan hasad, manusia yang kurang senang atas kelebihan orang ini akan membuat apa sahaja untuk memastikan kelebihan yang diperoleh orang lain akan berpindah kepadanya, atau paling tidak pun tidak nikmat tersebut akan hilang daripada orang yang memilikinya, biarpun dia tidak memperolehnya.

Pastinya, orang yang hasad ini tiada memiliki walau sekelumit pun rasa kasih kepada saudaranya. Sedangkan sifat kasihkan saudara seaqidah merupakan satu sifat yang perlu ada dalam setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah.

Sabda Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam:
لا يُؤْمِنُ أحدكم حتى يُحِب لأخيه ما يحب لنفسه أو كما قال الرسول
"Kamu dikira tidak beriman sehinggalah kamu menyayangi saudaramu sepertimana kamu menyayangi dirimu sendiri."
Orang yang suka menjatuhkan orang lain daripada kesenangan yang diperoleh, tentu hatinya dipenuhi rasa iri hati dan dengki, takkan pula rasa sayang kot...

Sebab itu, orang yang hasad itu, akan tercabutlah banyak kebaikan daripada dirinya semata-mata mahu menjatuhkan orang yang didengkinya itu.

۞   ۞   ۞   ۞   ۞

Tetapi, bagaimana pula sekiranya kita tidak boleh melihat kejayaan orang lain, dan berusaha untuk menjadi lebih daripada orang tersebut?

Itu tidaklah dinamakan hasad dengki. Mungkin kita terinspirasi dan termotivasi apabila melihat orang lain berjaya. Daripada situ, datangnya rasa cemburu dan cuba untuk berusaha untuk mengecapi lebih daripada apa yang diperoleh orang yang berjaya itu.

Dan ini merupakan satu sikap yang baik, dan perlu ada dalam semua orang Islam, sifat ingin memperbaiki diri dan bersaing untuk menjadikan diri lebih baik.

Muhasabah untuk kita, kalau kita cemburu melihat kejayaan orang lain, apa yang perlu kita lakukan? Adakah kita cuba sedaya-upaya menjatuhkannya ataupun kita berusaha dengan lebih gigih untuk memperoleh sesuatu yang lebih daripada mereka?

Itulah yang saya terfikir selepas membahaskan perkara yang berkaitan hasad dalam ta'lim bersama-sama guru-guru SRA Bandar Bukit Puchong, tengah hari tadi. Semoga kita semua dihindarkan daripada memiliki sifat hasad dan dengki. Amin.

Hasad itu ibarat api. Api memakan kayu api. Hasad pula memakan kebaikan diri.

والله أعـلــم

Saya tak dengki dengan orang lain.
Saya cuma ada rasa nak lebih daripada orang lain dengan cara memperbaiki diri.
Gambar sekadar hiasan. Jangan dengki dengan jejaka dalam gambar ni tau.
Tinta mencoret: Ramai orang Melayu yang memiliki sifat hasad ni.

Kampung Sungai Buah, Dengkil SDE
Via Samsung GT-P5100

6 comments:

  1. perasaan dengki inilah yang merosakkan hubungan dengan seseorang....jika perasaan itu dijadikan sebagai pembakar semangat adalah sesuatu yg sgt baik utk memajukan diri tpi jika ianya sekadar nk jatuhkan seseorang....mmg busuklah hatinya.

    ReplyDelete
  2. kalau org berjaya lebih dari kita
    jgn dengki
    jadikan kejayaan org tu
    pemangkin utk kita sama atau lebih baik dari dia
    akak bangga betul kalau ada kawan2 atau kenalan2 yang berjaya
    seronok walau bukan diri sendiri yang berjaya seperti mereka
    ustaz tima kasih byk2 drop by kat blog saya
    terkantoi lak kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2...

      Saya dah lama jumpa blog akak, cuma tak tahu nak komen apa. Kebetulan akak buat entry pasal SRABSP, tu yang saya komen...

      Hehehe... Terkantoi secara tak sengaja...

      Delete
    2. hehehe... tapi akak rajin sangat update, tak terkejar saya nak baca semua...

      Delete