Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

17 October 2014

Typo, Bahasa Gambaran Peribadi

Sesungguhnya al-Quran itu begitu indah bahasanya.
"Seorang yang berhalus dalam berbahasa dan beradat budaya, adalah seorang yang menghargai dirinya sendiri. Jika pucuk lupakan akar, tiadalah buah, tunggullah sudah."
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Secangkir Teh, Pengubat Letih (2010)


۞   ۞   ۞   TYPO   ۞   ۞   ۞

Dua pasangan kembar rai saat gembira terima JENAZAH. (?)
Malaysia di landasan tepat capai bajet SEMBANG. (?)
...pengagihan daging 80 ekor lembu kepada KAFIR miskin... (?)
DCA tidak rancang guna kapal SERAM... (?)
Mahu TERUS (?) kekecewaan di Sukan Komanwel.
Free WIFE. (?)
...ketika angin KENCING. (?)
TAHINAH (?)
Farah amalkan minum air SUAMI (?) untuk kekal sihat.
Tahniah buat Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana memandang berat akan kesilapan tersebut khususnya yang dibuat oleh media kawalan kerajaan.

Contoh kesilapan media ini diceduk dari blog Buasir Otak.

Lagi contoh kesalahan atau 'typo' yang mungkin sering kita lakukan dan membawa maksud yang agak menakutkan, sila ke blog Pak Ngah Hamzah: KomenSen.

Banyak betul salah. Kadang-kadang ia membawa maksud yang agak negatif.


۞   ۞   ۞   BULAN BAHASA   ۞   ۞   ۞

Antara sedar atau tidak, bulan Oktober telah diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Namun begitu, begitu ramai rakyat Malaysia termasuk saya sebenarnya tidak mampu untuk bertutur dan menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan baik.

Tidak tahu mana silapnya.

Dalam pertuturan dan perbualan seharian, sudah tentu bahasa yang kita gunakan itu bercampur-baur dengan bahasa pasar yang mana ia kurang sesuai digunakan untuk urusan-urusan rasmi.

Tahun ini, saya lihat, kempen BBK seakan tidak kedengaran. Tiada iklan secara besar-besaran seperti mana ketika saya masih bersekolah rendah dahulu.

Mungkin tiada peruntukkan yang mencukupi, itu sangkaan 'baik' saya.

Salah satu aktiviti kempen
Minggu Bahasa
di SK Bukit Tunggal.
Mungkin juga kempen BBK ditumpukan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Namun, bagi golongan belia yang sudah berkerjaya seperti saya, kempen tersebut seakan hampir tiada.

Sedih bila membaca status-status murid dan bekas murid di laman sosial yang menulis menggunakan bahasa yang agak kurang sopan. Tidakkah mereka menyangka bahawa bahasa yang mereka gunakan itu menggambarkan perwatakan mereka yang sebenarnya?

Itu baru bahasa, belum lagi gambar-gambar yang kurang senonoh yang mereka muat naik.

Apabila saya cuba untuk menggunakan perkataan yang agak formal di dalam bilik darjah, raut wajah mereka pasti berubah, menunjukkan mereka tidak memahami apa yang saya katakan. Terpaksa jugalah menggunakan bahasa yang agar 'pasar' dalam masa yang sama, saya menerangkan maksud perkataan yang saya gunakan.

Berbanggalah dengan bahasa kebangsaan, kerana itu salah satu jati diri kita sebagai warganegara Malaysia. Siapa lagi yang akan mempertahankan bahasa kebangsaan kalau bukan kita selaku rakyat Malaysia?

Bulan Oktober, Bulan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Jiwa Bangsa.

Tinta mencoret: Bahasa melambangkan diri seseorang.

SRA Bandar Bukit Puchong SDE

No comments:

Post a Comment