Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 October 2014

Teruskan Misi Mumtaz 2014

Bergambar kenang-kenangan
di lokasi 'pertempuran'.
Maaf, sebab saya terpaksa gunakan beberapa istilah yang mungkin memayahkan kalian untuk memahami secara terperinci akan coretan ini. Ini adalah kerana terdapat beberapa orang individu yang perasan berjawatan mungkin pernah mengugut secara halus kepada saya dengan menggunakan Akta ** yang mana saya sendiri tak pernah diberi taklimat SECARA TERPERINCI apa itu Akta ** sebenarnya.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua saya ditugaskan sebagai 'penjaga' bagi 'pasukan tentera' dari SRI Al-Fakhri, Puchong yang akan 'bertempur' bersenjatakan mata pensil dan pemadam di SRA Putra Perdana.

Setelah beberapa orang 'penjaga' diagih-agihkan kepada beberapa buah 'lokasi tempur', saya diamanahkan bersama seorang lagi 'penjaga', Ustaz Azman di 'lokasi' kelima, yang mana saya ditugaskan sebagai ketua di 'lokasi' terbabit.

Menjaga seramai 23 orang murid yang mahu 'bertempur' itu bukanlah satu masalah bagi saya kerana mereka semua tidak mengenali saya. Mungkin mereka menganggap saya sebagai seorang yang 'garang'... Mungkin.

Selain SRI Al-Fakhri, beberapa 'ketumbukan' datang dari SRI Mansoorah, dan SRA Putra Perdana selaku pusat 'pertempuran'.

Apa-apa pun, terima kasih buat mereka yang memberikan kerjasama kepada saya sepanjang 5 hari tempoh 'peperangan'. Tiada 'peperangan' ulangan 'diisytiharkan', Alhamdulillah.

Semoga kalian mendapat kemenangan dalam memperjuangkan agama Allah.

۞   ۞   ۞  PSRA  ۞   ۞   ۞

Sebahagian daripada Team Mumtaz 2014 yang saya bentuk beberapa bulan lepas.
Pernah saya coretkan dalam satu coretan beberapa bulan lepas berkaitan Team Mumtaz.

Walaupun saya terpaksa berhadapan dengan beberapa pihak, juga beberapa 'tuduhan', tidak kurang juga yang tidak senang akan tindakan saya 'membuat' team ini, namun saya 'memekakkan' telinga dan meneruskan hasrat saya demi melihat apa yang saya impikan ini berjaya.

Dan sudah semestinya sekiranya ia berjaya, kejayaan itu sendiri akan memberikan nama kepada 'mereka' yang 'tidak senang' itu, dan bukanlah kepada saya.

Namun, atas beberapa perkara yang saya sendiri tidak dapat elakkan, saya terpaksa 'meninggalkan' mereka tiga minggu sebelum mereka menghadapi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan bermula pada 22 September 2014 selama 5 hari.

Mengapa saya 'tinggalkan' mereka? Mungkin saya akan coretkan dalam coretan yang akan-akan datang, insya-Allah.

Saya terpaksa meninggalkan mereka saat mereka masih mahukan saya untuk membantu mereka. Tatkala saya buat-buat merajuk kerana kenakalan dan sifat suka main ketika belajar, mereka memujuk saya agar 'memaafkan' mereka.

Maafkan saya kerana 'tidak mampu' untuk menghabiskan apa yang saya sudah mulakan.

Dan saya mendoakan kalian mendapat kejayaan yang cemerlang dan Mumtaz dalam kesemua mata pelajaran dalam PSRA. Teruskan berdoa dan mengharap daripada Allah Subhanahu Wa Ta`ala agar diberikan kejayaan kelak.

Dan yang paling penting, diberikan keberkatan dalam kejayaan tersebut.


Wafir, Najmuddin, Shakur, Haikal, Fikree, dan Firdaus, saya sentiasa mendoakan kalian agar berjaya. Selagi keputusan belum diumumkan, jangan berputus harap dan teruskan berdoa mengharapkan kejayaan daripada Allah. Juga buat Faizuddin yang menyertai separuh jalan, juga didoakan agar memperoleh kejayaan.

Semoga objektif Team Mumtaz dan misi merebut Mumtaz mencapai sasaran walaupun tidak lagi 'bergerak' dalam satu pasukan.

Semoga Mumtaz milik kalian.
Semoga Mumtaz milik kalian.
Semoga Mumtaz milik kalian.
Ameen.

۞   ۞   ۞  PESANAN  ۞   ۞   ۞

Terngiang-ngiang pesanan guru saya ketika saya melawat kediaman beliau, tahun lepas. Beliau berpesan agar bertindaklah sekiranya itu yang difikirkan terbaik dan jangan difikirkan apa yang orang lain katakan.

Terima kasih wahai guruku. Sesungguhnya pesanan itu sememangnya membuatkanku lebih teguh dalam usaha dakwahku walaupun berhadapan dengan pelbagai pihak yang datang 'memusuhiku'.

Terima kasih semua yang memberikan sokongan moral.
Terima kasih semua yang menyokong dalam diam.
Terima kasih semua yang mendoakan.
Terima kasih semua.

Tinta mencoret: Semoga Mumtaz milik kalian, Ameen.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment