Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 March 2014

Kursus Kaedah Jawi

Selasa dan Rabu lepas (11 dan 12 Mac 2014), saya menghadiri Kursus Kaedah Jawi yang diadakan di Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Kampung Jawa, Klang. Asalnya, Ustaz Irfan Faiz yang diarahkan untuk pergi, tapi saya pula yang gatal mulut minta saya yang pergi menggantikan Ustaz Irfan. Bukan gatal tangan, tapi memang saya nak pergi. Ustaz Irfan pula setuju. Puan Guru Besar juga tak membantah.

Alhamdulillah, kumpulan saya berjaya mendapat tempat pertama dalam bengkel jawi ini.
Betul-betul sengit...

Secara keseluruhannya, kursus pengkaedahan jawi ni memang best. Alhamdulillah. Banyak input yang saya terima untuk memperbaiki penulisan jawi saya.

Dan yang paling penting, saya boleh lagi mengeja dalam jawi tanpa teragak-agak atau melihat kepada kamus jawi.


Jom layan gambar sekitar kursus dan bengkel jawi ni...
 
 
 
 
 
Siapa lagi yang akan memartabatkan tulisan Jawi kalau bukan kita...?

Tambahan: Marilah kita sama-sama mendoakan agar Insiden MH370 dapat segera diselesaikan.

Tinta mencoret: Mari kita memartabatkan tulisan Jawi.


Institut Kemahiran Belia Negara, BBST SDE

8 comments:

  1. wow..tempat pertama tu....hebat tul....

    saya baca merangkak...rangkak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak sangka dapat tempat pertama.

      Kalau tak boleh baca, boleh belajar. Senang je...

      Delete
  2. Tahniah atas kejayaan adik dan kumpulan. Mari sama2 kita mendaulatkan khazanah jawi yg semakin hilang di di bumi Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Mari kita gunakan tulisan Jawi dan mengajarkannya kepada semua orang. Jangan biarkan ia luput ditelan zaman.

      Delete
  3. Syabas ustaz muda yg punya komitmen tinggi utk memantapkan diri. Sukar nak cari cikgu volunteer nk pergi kursus ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursusnya berkenan di hati. Lagipun, pihak jabatan jarang panggil saya pergi kursus...

      Delete
  4. salam
    tumpang berbangga dgn kejayaan yg dicapai..tahniah..

    singgah & follow blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kawan dalam kumpulan banyak bantu sebenarnya. Kejayaan untuk mereka sebenarnya...

      Delete