Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 July 2014

Ramadan 1435H: Akmal dan Nazeeq

Salam Ramadan 1435H.

Alhamdulillah, ada rezeki sikit, kita share dengan orang lain. Seperti pesan Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam:
تهادوا تحابوا
Berilah hadiah (kepada orang lain), nescaya kita akan disayangi. HR Bukhari
Seperti kebiasaan, pada akhir Ramadan, saya bersama beberapa orang murid saya berbuka puasa bersama-sama. Tempat kebiasaannya di Pizza Hut Alamanda, tapi tahun ni, bertukar tempat di Pizza Hut Bandar Baru Nilai sebab Pizza Hut Alamanda dah tutup.

Tahun 2012, saya berbuka puasa bersama Aqif Aiman. Tahun 2013 pula bersama Aniq Zainuddin, Solah, dan Hariz Syahmi. Tahun ni pula dengan Akmal Aim, Nazeeq, dan Hariz Syahmi.

Akmal Aim yang kakinya masih belum sembuh sepenuhnya sanggup pergi. Kesian pula tengoknya...

Apa lagi, macam tak biasa pula... Tengok je la gambarnya. Taip panjang berjela pun, bukannya ada orang nak baca, kan...? Hehehe...

Saya dan Nazeeq dalam perjalanan ke rumah Akmal Aim.
Dah nak habis baru nak bergambar...
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi. Ramai orang.
Aksi Nazeeq dalam masjid. Kenapa tutup mulut tu...?
Diorang ni, selfie bukan nak ajak...
Lepas keluar dari masjid.

Dua sahabat baik, Nazeeq dan Akmal.
Diorang ni memang suka bergambar, kot...
Kacau Akmal berselfie. Hahaha...


Bersantai di Dataran Putrajaya setentang dengan Istana Keadilan dan Masjid Besi sambil mendengar tazkirah  disampaikan oleh Mufti Menk yang dipasang di corong suara.

Ni dengar tazkirah ke atau sibuk bergambar...?
Baru sampai Jalan Reko. Sambung berjalan lagi...


Khusyuk bershopping ye...

Macam nak beli baju ni...

Dah malas nak taip caption yang sama.
Dah, nak balik... Dah nak sahur...
Rasanya macam nak buat sambungan bagi coretan ni. Kalau rajin la ye...

Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.
Semoga setiap amalan kita diterima dan diberikan ganjaran Syurga. Amin.

Tinta mencoret: Tak rancang sangat nak iftar dan jalan-jalan. Yang dirancang tak jadi, yang tak rancang pula yang berjalan.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment