Bergambar selepas bertadarus. Dari kiri; Iqbal, Afiq, Zafri, saya, Naufal, Akmal Rieza, Adlan, dan Aniq Muqri'. |
Hari ini merupakan hari yang terakhir (mengikut kaedah Hisab) kita berpuasa dan malam tadi merupakan malam yang terakhir kita mendirikan Solat Sunat Tarawih untuk tahun ini. Ini bermakna, sekiranya petang nanti, anak bulan kelihatan di seluruh tanah air, maka esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun sudah berpuluh kali saya menempuh Ramadan, tetapi Ramadan kali ini benar-benar 'masuk' ke dalam hati. Entah kenapa, hati terasa sayu bila berada pada akhir Ramadan, tidak seperti Ramadan pada tahun-tahun sudah yang mana bagai tidak dipedulikan sahaja.
Tahun ini, banyak perkara yang saya isi sepanjang hadirnya Ramadan.
۞ ۞ ۞ SEMARAKKAN RAMADAN ۞ ۞ ۞
Selaku Setiausaha Unit Ibadah dan Surau merangkap penyelaras Musolla 'Umar Abdul Aziz, saya merangka beberapa aktiviti sepanjang Ramadan kali ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid perkara yang berkaitan ibadat puasa dan Ramadan. Aktiviti-aktiviti yang direncanakan tersebut dirangkumkan di bawah satu label "Program Semarakkan Ramadan 1433H".
Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa 'konflik' sepanjang menguruskan program ini, namun secara luarannya, ia berjalan dengan jayanya.
Terima kasih buat rakan-rakan yang sudi membantu kerja saya bagi melicinkan perjalanan program tersebut.
Wafir dan Firdaus sedang membuat label pada kerusi. |
Sesi bertadarus para guru. |
Sesi bertadarus murid-murid. |
Penat ye bang? Padang rumput pun boleh jadi tilam. |
Menyemak kumpulan Naufal yang sedang bertadarus. |
Sedang mengagihkan bubur lambuk. |
Slot Pop Kuiz Tahun 5. |
Menjadi juri hakim yang 'berat sebelah' dalam Slot Pop Kuiz. Sebelah saya, Fazrul Aizat sebagai penjaga masa. |
۞ ۞ ۞ STP ۞ ۞ ۞
Surau Taman Permata (STP) sememangnya sebuah surau yang begitu aktif dalam menaikkan syiar Islam. Setiap hari diisi dengan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kefahaman Islam kepada masyarakat setempat.
Banyak aktiviti, cuma tak semua yang saya sertai.
Seperti kebiasaannya, setiap malam sepanjang Ramadan, Surau Taman Permata mengadakan aktiviti tadarus al-Quran yang melibatkan semua peringkat usia, kanak-kanak, remaja, dan dewasa.
Dengan kesempatan yang ada, saya men'join'kan diri. Seronok kalau dapat sama-sama mendengar bacaan al-Quran dan saling membetulkan antara satu sama lain.
Tazkirah Ramadan daripada Ustaz Nazrul Nasir. |
Tazkirah daripada Ustaz Shahrizan Daud. |
Keadaan surau sebelum menunaikan Solat Fardu Asar. Agak ramai. |
Ni waktu Asar pada 11 Ogos 2012 (Sabtu). Saya terlewat sampai. |
Keadaan sebelum bertarawih pada 9 Ogos 2012 (Khamis), malam Ramadan yang ke-20. Alhamdulillah, asih ramai dengan jemaah. |
Kumpulan tadarus kanak-kanak. Siap bawa kain pelekat nak berkampung di surau sebab nak berqiyamullail ramai-ramai. |
Ini pula kumpulan tadarus kanak-kanak yang bersebelahan dengan kumpulan saya. |
Ini kumpulan tadarus remaja, pelajar sekolah menengah. Ada seorang pak cik sedang tasmik bacaan. |
Bendahari surau sedang menerima sumbangan derma. |
Curi-curi ambil gambar. Hehehe... |
Inilah ustaz yang mengetuai kumpulan tadarus saya. |
Budak ini sempat mendirikan solat dua rakaat (tak tahulah solat apa)sebelum bertadarus. |
۞ ۞ ۞ SESUCI FITRAH RAMADAN ۞ ۞ ۞
Ini program tahunan iftar jama'ie yang diadakan di sekolah. Tak tahu nak describe, layan je la gambar ni...
Seronok bila dapat berbuka puasa beramai-ramai. |
Bacaan Yasin sebelum berbuka. |
Berbuka dengan Farhan Sidqi. |
۞ ۞ ۞ KHATAM AL-QURAN STP ۞ ۞ ۞
Dah bertadarus, pastinya ada program khatam al-Quran. Yang paling gembira sekali mestilah yang kanak-kanak, sebab dapat duit raya. Banyak duit raya yang mereka dapat. Selain sumbangan daripada pihak surau, Encik Umar bin Muhammad (UBM) juga menyumbangkan duit raya, seperti tahun lepas.
"Yang paling penting di sini ialah pahala.
Duit raya ini sebagai ransangan untuk mereka membaca al-Quran"
Itu pesan Ustaz Baharom kepada kanak-kanak yang bertadarus. Yang dewasa dapat sehelai baju.
Antara yang mengambil bahagian. Eh, ada la muka saya... |
Sebahagian peserta yang menyertai. |
Haji Ariffin sedang menyusun peserta kanak-kanak untuk sesi fotografi. |
Senyum...! :) |
Kredit gambar untuk atuk-phd.blogspot.com.
۞ ۞ ۞ KHATAM AL-QURAN SRABSP ۞ ۞ ۞
Ini sebahagian gambar yang ada dalam simpanan. Saya tak sempat nak ambil gambar yang diambil menggunakan kamera guru lain.
Syahmi bersama Syahmi. Pantang tengok orang yang namanya Syahmi... |
Bergambar dengan Abie Aufa yang memenangi pertandingan tempat ketiga. |
Sebahagian guru yang mengkhatamkan al-Quran. |
Beruntung murid yang hadir pada hari terakhir persekolahan. Dapat duit raya... |
۞ ۞ ۞ LAIN-LAIN ۞ ۞ ۞
Kreatif. (1) Masa saya lalu kali pertama, macam patung, tak bergerak. (2) Bila saya lalu kali kedua, dia tengah layan pelanggan. |
Di gerai inilah, saya beli baju Melayu untuk tahun ini. |
Hamper yang diberikan oleh Auntie Melissa, jiran belakang rumah. (18 Ogos 2012) |
Inilah Auntie Melissa. Tiap-tiap tahun bagi kami hamper. Pemurah orangnya. Semoga diberikan hidayah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. |
Berbuka puasa dengan Wan Aqif (16 Ogos 2012, Khamis). Bagus, membaca buku sambil menunggu berbuka puasa. |
Singgah sekejap di Masjid Putra untuk solat. |
Cuma tahun ini, Pak Cik Adnan sekeluarga tidak dapat berbuka puasa bersama kami kerana terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.
Walau apapun, Ramadan kali ini memberikan seribu satu kebaikkan kepada saya. Semoga Allah mempertemukan kepada Ramadan yang akan datang, Ameen.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H.
Maaf Zahir dan Batin.
Tinta mencoret: Blog CTB nak cuti raya.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Selamat Hari Raya Ustaz....
ReplyDeletesejuk je mata memandang wajah2 suci anak2 itu...
ReplyDelete